Harian Metro

Tarikan baru

- Ahmad Samadi Ahmad am@hmetro.com.my

 Jambatan Seri Ehsan laluan alternatif Desa Pinggiran Putra kurangkan kesesakan trafik

Tarikan terbaru di Pusat Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n iaitu Jambatan Seri Ehsan di Presint 4 dibuka kepada awam bermula hari ini.

Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pembinaan jambatan ini dapat memendekka­n masa kakitangan kerajaan yang berulang-alik ke tempat kerja dan penduduk setempat, di samping mewujudkan laluan alternatif kepada pengguna dari sekitar Presint 4 ke Presint 19 dan Desa Pinggiran Putra.

“Selain dapat mengurangk­an kesesakan trafik pada waktu puncak, ia juga dapat meningkatk­an produktivi­ti dan memberi perkhidmat­an terbaik kepada rakyat,” katanya selepas melancarka­n pembukaan Jambatan Seri Ehsan, Presint 4, di sini, semalam.

Turut hadir ialah Presiden Perbadanan Putrajaya (PPJ) Datuk Seri Hasim Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya Holding Datuk Azlan Abdul Karim dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutua­n Putrajaya, Datuk Habbali Ibrahim.

Jambatan kesembilan di Putrajaya ini mengambil masa 30 bulan untuk disiapkan dengan kos RM68.5 juta.

Mempunyai kelebaran 35 meter dan 280 meter panjang, ia turut menyediaka­n tiga lorong masuk dan tiga lorong keluar yang akan dibuka kepada pengguna mulai hari ini.

Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, pembukaan jambatan ini dijangka dapat mengurangk­an aliran trafik dan memudahkan perjalanan terutama membabitka­n laluan di Jambatan Seri Gemilang dan Jambatan Seri Setia.

Katanya, walaupun tempoh projek pembinaan jambatan ini dilanjutka­n atas beberapa sebab termasuk pada reka bentuknya, ia berjaya disiapkan mengikut tempoh ditetapkan.

 ??  ?? JAMBATAN Seri Ehsan di Presint 4, Putrajaya.
JAMBATAN Seri Ehsan di Presint 4, Putrajaya.
 ?? Tengku Adnan ?? Selain dapat mengurangk­an kesesakan trafik pada waktu puncak, ia juga dapat meningkatk­an produktivi­ti dan memberi perkhidmat­an terbaik kepada rakyat”
Tengku Adnan Selain dapat mengurangk­an kesesakan trafik pada waktu puncak, ia juga dapat meningkatk­an produktivi­ti dan memberi perkhidmat­an terbaik kepada rakyat”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia