Harian Metro

Optimis jualan RM1.2b

 Prestasi positif UEM Sunrise dipacu projek pembanguna­n strategik

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

UEM Sunrise Bhd (UEM Sunrise), pemaju hartanah terkemuka tempatan optimis mampu mencapai sasaran jualan RM1.2 bilion menjelang hujung tahun ini berdasarka­n pencapaian jualan 70 peratus daripada sasaran ditetapkan pada masa ini.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, prestasi jualan positif itu disumbang melalui peningkata­n kadar kelulusan pinjaman rumah dan pelaksanaa­n inisiatif termasuk pelbagai tawaran dan penganjura­n kempen menarik kepada bakal pembeli.

“Selain itu, prestasi jualan ini turut dipacu melalui kedudukan projek pembanguna­n syarikat yang terletak di kawasan utama dan strategik,” katanya pada pelancaran Residensi Solaris Parq, di sini, semalam.

Menurutnya, projek syarikat itu, kebanyakan­nya di kawasan utama, turut membantu meningkatk­an jumlah jualan kumpulan berkenaan.

“Sebagai contoh, kami turut menerima sambutan yang amat menggalakk­an daripada pembeli selepas pelancaran awal Residensi Solaris Parq pada hujung minggu lalu.

“Oleh itu, kami yakin dapat mencapai sasaran pembelian sebanyak 50 peratus menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Solaris Parq dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) sebanyak RM3 bilion itu turut membabitka­n fasa pertama yang merangkumi dua menara dengan nilai pembanguna­n kasarnya sebanyak RM755 juta.

Kerja pemasangan cerucuk Residensi Solaris Parq dijangka bermula minggu depan dan projek itu dijangka siap pada 2022.

Sementara itu, menurutnya, UEM Sunrise memiliki tanah simpanan 5,343.02 hektar dengan GDV RM132.9 bilion.

“Kami juga dalam proses mempertimb­angkan sebidang tanah di Lembah Klang yang diharap dapat dibeli menjelang akhir tahun ini,” katanya.

 ??  ?? ANWAR (kiri) dan Ketua Pegawai Operasi Pembanguna­n, Datuk Roslan Ibrahim (dua dari kiri), Ketua Pegawai Kewangan, Mohamed Rastam Shahrom (kanan) dan Ketua Pegawai Pemasaran, Pam Loh pada pelancaran
Residensi Solaris Parq di Kuala Lumpur, semalam.
ANWAR (kiri) dan Ketua Pegawai Operasi Pembanguna­n, Datuk Roslan Ibrahim (dua dari kiri), Ketua Pegawai Kewangan, Mohamed Rastam Shahrom (kanan) dan Ketua Pegawai Pemasaran, Pam Loh pada pelancaran Residensi Solaris Parq di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia