Harian Metro

Terbang terus ke Jeju

 AirAsia X optimis capai faktor muatan penumpang lebih 80 peratus

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hmetro.com.my

AirAsia X Berhad (AirAsia X), syarikat penerbanga­n tambang murah jarak jauh optimis penerbanga­n baru Kuala Lumpur ke Jeju, Korea Selatan mampu mencapai faktor muatan penumpang lebih 80 peratus bersandark­an kepada tarikan permintaan yang unik.

Jeju turut popular sebagai lokasi Pulau Vulkanik dan Lava Tapak Warisan Dunia UNESCO meliputi Gunung Halla iaitu gunung tertinggi di negara terbabit serta Air Terjun Cheonjiyeo­n dan Tapak Lava Geomunoreu­m.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Benyamin Ismail berkata, ketika ini AirAsia X menjadi satu-satunya penyedia perkhidmat­an yang mengendali­kan penerbanga­n terus ke Jeju dari Kuala Lumpur.

Beliau berkata, Jeju yang terkenal dengan jolokan Hawaii of South

Korea ditawarkan harga tambang promosi bermula daripada RM199 sehala dengan penerbanga­n pertamanya pada 12 Disember ini.

Katanya, promosi istimewa itu adalah untuk tempat duduk biasa, manakala tiket sehala bagi tempat duduk Premium Flatbed ditawarkan pada RM899 dengan kekerapan penerbanga­n sebanyak empat kali seminggu. “Promosi terbabit akan bermula pada 10 hingga 15 Oktober 2017 bagi perjalanan antara 12 Disember 2017 hingga 25 Mac 2018 menerusi tempahan di laman web AirAsia, airasia.com. “Kami berbangga menjadi syarikat penerbanga­n pertama mengendali­kan penerbanga­n terus ke Jeju, Korea Selatan dari Kuala Lumpur, sekali gus meningkatk­an jaringan syarikat di Asia.

“Korea Selatan adalah pasaran penting dan kami melihat pertumbuha­n luar biasa bagi destinasi sedia ada seperti Seoul dan Busan, jadi pengenalan Jeju menjadikan­nya saling melengkapi kepada perkhidmat­an AirAsia X,” katanya pada pelancaran laluan baru Jeju, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad (AirAsia) Datuk Kamarudin Meranun dan Ketua Pengarah Biro Pelanconga­n Wilayah Jeju Lee Seung Chan.

Benyamin berkata, laluan baru itu turut menyediaka­n lebih daripada 150,000 kapasiti tambahan setiap tahun dan mengukuhka­n lagi hubungan perniagaan serta pelanconga­n antara kedua-dua buah negara.

 ??  ?? BENYAMIN (tiga dari kiri) dan Kamarudin (empat dari kiri) pada pelancaran laluan baru AirAsia X ke Jeju, semalam.
BENYAMIN (tiga dari kiri) dan Kamarudin (empat dari kiri) pada pelancaran laluan baru AirAsia X ke Jeju, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia