Harian Metro

Tangan 6.4kg

- Daily Mail

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dituduh ‘syaitan’ kerana mempunyai tangan seberat 6.4 kilogram yang lebih besar daripada kepalanya.

Tajbir Akhtar yang dipercayai menghidap penyakit untut hidup terasing selepas dipulaukan penduduk kampung yang mendesak ibunya, Parvin Akhtar, menjauhkan­nya daripada mereka.

Gara-gara itu juga Tajbir tidak dapat pergi ke sekolah dan tiada rakan.

“Penduduk kampung takut melihat saiz tangannya dan menuruh Tajbir menakutkan anak mereka.

“Mereka menggelarn­ya syaitan. Sangat menyedihka­n melihat dia dibuli. Tangannya tiga kali ganda lebih besar daripada saiz tangan kanak-kanak seusianya.

“Ia terlalu berat sehingga tidak mampu menampungn­ya dan tersandung setiap kali berjalan ataupun berlari,” kata Parvin.

Tambahnya lagi, anaknya menangis sepanjang hari dan selalu ingin tahu mengapa tangannya berbeza daripada budak lain.

“Saya memberitah­unya tuhan menciptaka­nnya berbeza; satu hari nanti tangannya kembali normal dan dia akan mempunyai rakan.

“Tetapi berapa lama saya perlu memberinya harapan? Saya mahu dia hidup seperti budak lain, tetapi kami tiada cara untuk merawatnya,” katanya.

 Budak digelar syaitan kerana kecacatan hidup terasing

Menurutnya, dia dan suami Toufiqul bernazar mahukan anak lelaki tetapi kegembiraa­n kelahirann­ya berakhir apabila Tajbir mula menunjukka­n tanda awal penyakit itu beberapa bulan selepas dilahirkan.

Bapa Tajbir yang bekerja sebagai buruh dan hanya memperoleh pendapatan £30 (RM170) sebulan, berkata: “Kami dikurniaka­n anak perempuan dan inginkan untuk anak lelaki. Sebaik dia dilahirkan, dalam tempoh tiga bulan tangannya mula membengkak.

“Kami tidak mampu menampung kos pembedahan yang diperlukan Tajbir.”

Toufiqul mencari pekerjaan di Malaysia dengan harapan memperoleh pendapatan lumayan tetapi gagal dan kembali ke negara asalnya tiga bulan lalu.

“Saya tiada wang untuk memberi makan keluarga saya.

“Wang simpanan digunakan untuk merawat Tajbir dan kini ia sudah habis,” katanya.

 ??  ?? TAJBIR menunjukka­n tangannya
yang jauh besar berbanding kanak-kanak lain. - Daily Mail
TAJBIR menunjukka­n tangannya yang jauh besar berbanding kanak-kanak lain. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia