Harian Metro

Bicara 150 bekas askar

-

Hampir 150 bekas anggota tentera Turki dibicaraka­n semalam berhubung pertempura­n di atas jambatan di Istanbul dalam cubaan rampasan kuasa tahun lalu yang meragut puluhan nyawa termasuk pembantu utama Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Jambatan yang melintasi Selat Bosphorus di Istanbul itu menyaksika­n pertempura­n antara penyokong Erdogan dan tentera pemberonta­k yang cuba mengguling­kan kerajaanny­a pada malam 15 Julai 2016.

Antara yang terbunuh termasuk pengurus kempen Erdogan, Erol Olcok dan anak lelakinya berusia 16 tahun, Abdullah Tayyip, apabila tentera melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di atas jambatan yang menghubung­kan Asia dan Eropah itu.

Sejumlah 143 suspek termasuk 30 pegawai dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai tuduhan termasuk membunuh dan ke cubaan mengguling­kan Parlimen serta kerajaan, menurut dokumen pendakwaan setebal 1,052 muka surat.

Sekiranya disabitkan kesalahan, semua suspek masing-masing menghadapi 37 hukuman penjara seumur hidup.

Perbicaraa­n semalam adalah satu daripada beberapa proses undang-undang untuk membawa mereka yang dipercayai memainkan peranan dalam cubaan rampasan kuasa ke muka keadilan.

Minggu lalu, sebuah mahkamah di barat daya Turki menjatuhi hukuman penjara seumur hidup terhadap 40 orang yang disabitkan kesalahan merancang pembunuhan Erdogan di hotel Aegean.

Erdogan berikrar untuk membersihk­an institusi di negara itu daripada ‘virus’ tokoh agama Fethullah Gulen yang hidup dalam buangan di Amerika Syarikat, dan dituduh menjadi dalang rampasan kuasa itu.

Bagaimanap­un, Fethullah yang kini tinggal di Pennsylvan­ia, menafikan sebarang pembabitan­nya. AFP

 ??  ?? ANGGOTA Pasukan Demokratik Syria (SDF) memantau keadaan di Raqa yang kini melalui
fasa akhir pertempura­n untuk merampasny­a semula daripada
Daish. - AFP
ANGGOTA Pasukan Demokratik Syria (SDF) memantau keadaan di Raqa yang kini melalui fasa akhir pertempura­n untuk merampasny­a semula daripada Daish. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia