Harian Metro

Sisa jadi teman

- Agensi

 Lelaki hidup setahun dengan mayat keluarga kerana tidak sanggup kebumi

Seorang lelaki sanggup hidup selama setahun bertemanka­n mayat ibu dan kembar lelakinya semata-mata tidak sanggup mengebumik­an mereka.

Robert James Kuefler, hidup bersama mayat ibunya, Evelyn, 94, dan kembarnya Richard, selama setahun sebelum mayat mereka ditemui.

Evelyn meninggal dunia pada Ogos 2015, beberapa bulan selepas Richard.

Beberapa bulan selepas kematian mereka, Robert menghantar kad Krismas kepada anggota keluargany­a dan menyertaka­n surat mendakwa ibu serta abangnya tidak sihat.

Dalam surat itu, kakitangan penyelengg­araan itu mendakwa mereka tidak boleh bercakap melalui telefon atau dilawat sesiapa.

Polis akhirnya menemui mayat dua beranak itu dalam keadaan mereput pada September tahun lalu selepas seorang jiran melaporkan sudah lama tidak melihat aktiviti di rumah berkenaan.

Dalam temu ramah melalui telefon, Robert berkata: “Saya tidak gila. Mungkin orang menyangka saya tidak siuman, tapi itu tidak benar.

“Saya terlalu sayangkan mereka.”

Polis berkata, Robert tidak mengambil wang pencen daripada akaun ibunya yang masih dimasukkan ke akaun wanita itu.

Robert didakwa atas tuduhan mengganggu mayat dan lokasi kematian kerana gagal memaklumka­n pihak berkuasa bahawa mereka meninggal dunia atas sebab semula jadi.

Dia kini berdepan hukuman penjara setahun dan denda AS$3,000 (RM13,000).

 ??  ?? ROBERT
ROBERT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia