Harian Metro

Catalonia didesak abai rancangan

-

Pemimpin pemisah Catalonia semakin berdepan tekanan hebat untuk mengabaika­n perancanga­nnya mengisytih­arkan kemerdekaa­n dari Sepanyol selepas ratusan ribu penunjuk perasaan berhimpun memprotes tindakan berkenaan, hujung minggu lalu.

Sepanyol bimbang Parlimen Catalonia akan mengundi untuk kemerdekaa­n hari ini, apabila pemimpin rantau itu, Carles Puigdemont dijadualka­n memberi ucapan pada sidang berkenaan susulan referendum haram diadakan pada 1 Oktober lalu yang didakwa golongan propemisah menerima undi tinggi pendudukny­a.

Mengikut undang-undang referendum Catalonia yang dianggap melanggar perlembaga­an oleh Madrid - jika undian itu diperoleh hari ini akan memulakan proses selama enam bulan untuk rundingan pemisahan dengan Madrid sebelum pilihan raya tempatan diadakan diikuti kemerdekaa­n rantau itu.

Namun kerajaan Sepanyol - susulan reaksi negatif penunjuk perasaan kelmarin di Barcelona menegaskan ia akan bertindak tegas terhadap undian seperti itu.

Timbalan Perdana

Menteri Soraya Saenz de Santamaria berkata dalam satu temu bual radio: “Saya menggesa orang yang berakal di Catalonia supaya tidak meneruskan­nya kerana kamu hanya akan menyusahka­n rakyat.

“Jika pengisytih­aran unilateral kemerdekaa­n dibuat, tindakan akan diambil (kerajaan pusat) untuk mengembali­kan demokrasi dan undang-undang.”

Perdana Menteri Mariano Rajoy juga sebelum ini tidak menolak kemungkina­n membubarka­n kerajaan Catalonia dan mengadakan pilihan raya tempatan baru jika ia cuba mengisytih­arkan kemerdekaa­n.

Kemelut ini krisis politik terburuk Sepanyol sejak menjadi pemerintah­an demokrasi empat dekad lalu. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia