Harian Metro

‘Saya sedia timbang’

- Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

 Wan Wah calon popular isi jawatan jurulatih beregu lelaki

L(gambar)

ee Wan Wah dilapor menjadi pilihan utama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi mengisi kekosongan jurulatih beregu lelaki negara.

Difahamkan, ketua jurulatih beregu lelaki negara, Cheah Soon Kit yang diberi tanggungja­wab bagi memilih calon berpotensi merasakan Wan Wah paling layak berdasarka­n pengalaman­nya sebagai pemain dan selesa untuk bekerjasam­a.

BAM terpaksa mencari jurulatih beregu lelaki yang baharu susulan peletakan jawatan Jeremy Gan dengan notis tiga bulan, dua minggu lalu.

Jeremy dijangka menamatkan tugasnya di BAM hujung tahun ini. Wan Wah ketika dihubungi bagi mengulas perkara berkenaan, berkata setakat ini dia masih belum menerima sebarang tawaran daripada BAM.

Bagaimanap­un, dia berminat mempertimb­angkan jawatan berkenaan sekiranya menerima tawaran.

“Setakat ini belum ada apa-apa tawaran lagi dan sukar untuk saya mengulas lanjut. Namun, jika tanya saya minat atau tidak, sudah pasti saya minat dan sedia mempertimb­angkan.

“Saya sedia mengadakan perbincang­an dan jika semuanya berjalan dengan baik, tidak mustahil saya akan menerimany­a.

“Namun, seperti yang saya katakan, selagi belum ada apa-apa tawaran, saya tidak boleh komen panjang,” katanya yang kini menjadi jurulatih pemain tajaan syarikat Seri Mutiara Developmen­t Sdn Bhd.

Wan Wah mempunyai rekod cemerlang ketika bergelar pemain bersama pasangan Choong Tan Fook apabila berjaya merangkul beberapa gelaran kejohanan antarabang­sa termasuk pingat gangsa Kejohanan Dunia 2001 dan 2007 selain emas Sukan Komanwel 1998.

Wan Wah-Tan Fook turut membantu Malaysia muncul naib juara Piala Thomas 1998 dan 2002. Selain Wan Wah, dua bekas pemain kebangsaan, Chew Choon Eng dan Chan Chong Ming turut berada dalam radar BAM bagi menggantik­an tempat Jeremy.

BAM dijangka memuktamad­kan pelantikan jurulatih beregu lelaki negara yang baru minggu ini.

 ?? Lee Wan Wah ?? Setakat ini belum ada apa-apa tawaran lagi dan sukar untuk saya mengulas lanjut. Namun, jika tanya saya minat atau tidak, sudah pasti saya minat dan sedia mempertimb­angkan
Lee Wan Wah Setakat ini belum ada apa-apa tawaran lagi dan sukar untuk saya mengulas lanjut. Namun, jika tanya saya minat atau tidak, sudah pasti saya minat dan sedia mempertimb­angkan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia