Harian Metro

Gavin ketuai bintang Jelajah Asia

-

Kuala Lumpur: Pemain golf negara, Gavin Green

mengetuai senarai bintang Jelajah Asia yang akan mencabar kejuaraan saingan CIMB Classic di lapangan TPC Kuala Lumpur, Khamis ini.

Pemain nombor satu Jelajah Asia itu akan disertai oleh juara Order of Merit, Scott Hend dari Australia, David Lipsky (Amerika Syarikat) dan S S P Chawrasia (India) dalam saingan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruha­n AS$7 juta (RM29.65 juta) itu.

Saingan turut bertambah rancak dengan penyertaan kali pertama barisan sensasi muda Thailand Phachara Khongwatma­i, Poom Saksansin dan Jazz Janewattan­anond di samping Prayad Marksaeng, Juvic Pagunsan (Filipina) dan Richard T Lee (Kanada).

Green, 23, pasti mahu menamatkan saingan CIMB Classic di kedudukan terbaik dalam usahanya mengukuhka­n penguasaan ranking nombor satu dalam Jelajah Asia sekali gus muncul pemain Malaysia pertama menjuarai carta Order of Merit.

“Beraksi di CIMB Classic kali ini lebih istimewa kerana hadiah kemenangan termasuk dalam carta Order of Merit.

Saya sudah mengubah sasaran sejak kejayaan di India (Terbuka Hero India, Februari lalu) dan lebih banyak menumpukan kepada pemburuan carta Order of Merit,” katanya yang akan membuat penampilan kedua di CIMB Classic.

Hend pula pasti berharap insiden keracunan makanan pada edisi lalu tidak menimpanya kali ini selepas permulaan perlahan pada hari pertama menyebabka­n dia hanya berpuas hati menamatkan saingan di kedudukan ketujuh keseluruha­n.

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia