Harian Metro

Sambutan hebat

- Izzali Ismail sukan@hmetro.com.my

Seramai 1,000 peserta dari dalam dan luar negara akan menyertai ‘Beris Internatio­nal Mountain Bike Jamboree 2017’ (BIMBJ 2017) di Tasik Beris, Sik, 14 Oktober ini.

Lebih menarik, BIMBJ 2017 yang juga penganjura­n kali kedua sejak diperkenal­kan tahun lalu mendapat 12 penaja berbanding hanya tujuh penajaan pada tahun lalu.

Pengerusi Jawatankua­sa Penerangan, Pembanguna­n Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri, Datuk Mohd Tajudin Abdullah berkata, sejak acara itu mula diperkenal­kan tahun lalu, pihak penganjur mendapat sambutan yang sungguh menggalakk­an daripada penaja dan peminat aktiviti lasak basikal bukit tempatan dan luar negara seperti Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia.

“Acara kali ini menawarkan lima kategori bermula dengan Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka, Junior Master (35 Tahun - 45 Tahun), Senior Master (46 tahun ke atas) dan Institut Pengajian Tinggi.”

“Sebanyak RM7,000 ditawarkan dalam keseluruha­n kategori yang dipertandi­ngkan dan peserta paling muda mendaftar berusia sembilan tahun manakala paling tua

 1,000 peserta dalam dan luar negara meriahkan BIMBJ 2017

berusia 65 tahun,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman, baru-baru ini.

Mohd Tajudin berkata, peserta akan menempuh jarak kira kira 37 kilometer (km) melalui laluan trek merentasi lima kampung bermula dari Ladang Anggur Beris, Kampung Ternas, Kampung Telaga Batu, Kampung Sungai Batang, Kampung Caruk Tenang, Kampung Batu Seketul dan garis penamat di Ladang Anggur Beris.

“Berbanding tahun lalu, peserta akan melalui 30 peratus trek baru iaitu anak sungai, pintasan Tasik Beris, trek kampung, hutan, ladang dan diakhiri dengan laluan 10 km jalan raya ke garisan penamat.

“Dengan sambutan yang sungguh menggalakk­an pada kali ini, penduduk daerah Sik berpeluang memasarkan produk tempatan seperti homestay, ikan segar air tawar, kraftangan, madu kelulut dan lain-lain,” katanya.

 ??  ?? TAJUDIN (berdiri tiga kanan) bergambar bersama penaja selepas sidang media BIMBJ 2017 di Kafe Wisma Darul Aman.
TAJUDIN (berdiri tiga kanan) bergambar bersama penaja selepas sidang media BIMBJ 2017 di Kafe Wisma Darul Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia