Harian Metro

‘Anda perlu tewaskan saya’

-

 Hamilton enggan menyerah kalah kepada pemandu muda seperti Verstappen

menjuarai perlumbaan di Jepun, kelmarin.

Kemenangan itu memberikan­nya jurang besar 59 mata mengatasi pencabar utamanya, Sebastian Vettel berbaki empat perlumbaan musim ini.

Ketika pelumba Ferrari, Vettel bergelut dengan masalah mekanikal, Hamilton secara matematik boleh dinobatkan juara dunia pada perlumbaan berikutnya di Austin, Texas Amerika Syarikat.

Begitupun, pelumba berusia 32 tahun itu mengakui dia sudah merasa tua apabila pelumba muda berwajah ‘keanak-anakan’ seperti pelumba Red Bull, Max Verstappen sentiasa menghambat­nya.

“Ketika saya memandu di laluan yang lurus, pada satu ketika saya berfikir: “Lelaki di belakang jauh lebih muda berbanding saya,” kata Hamilton yang tewas di Sepang kepada Verstappen dan dihambat pelumba sama ketika di Suzuka.

“Saya perlu memastikan yang saya lelaki yang boleh menerima cabaran, membuktika­n usia saya dan memastikan saya kekal di depan.

“Saya mahu buktikan yang saya sebenarnya masih mempunyai hati yang muda. Itulah cara bagaimana minda saya berfikir untuk meninggalk­an kamu semua.”

Verstappen, 20 yang meraih kemenangan karier kedua di Malaysia membalas kenyataan Hamilton.”Saya terfikir, lelaki yang sebegitu tua berada di depan saya!” Di sebalik dengan nada percakapan berjenaka, Hamilton jelas fokus untuk mendapatka­n kembali magisnya di Suzuka.

“Dia memenangi perlumbaan terdahulu dan saya tidak akan memberikan­nya yang ini,” kata Hamilton. “Kami semua tahu betapa pantas Max, dia melakukan kerja yang hebat.

“Saya menikmati masa berada dalam era bersaing dengan ramai pelumba berbakat yang muda. Dia akan berada di sini untuk tempoh lebih lama selepas saya bersara.

“Tetapi sebelum itu, saya akan cuba untuk tidak memberikan­nya begitu banyak petak utama dan kemenangan.”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? HAMILTON julang kejuaraan di Litar Suzuka, Jepun.
HAMILTON julang kejuaraan di Litar Suzuka, Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia