Harian Metro

Pengalaman luas ramuan Heynckes J

- AFP

upp Heynckes kembali daripada persaraan apabila dilantik mengendali­kan Bayern Munich buat kali keempat namun wujud pelbagai andaian terhadap kemampuan jurulatih itu mengembali­kan prestasi terbaik pasukannya.

Pengerusi kelab, Karl-Heinz Rummenigge tetap yakin kemampuan Heynckes mengetuai Bayern sehingga akhir musim ini selepas Carlo Ancelotti dipecat.

Namun beberapa individu

 Rummenigge yakin jurulatih veteran itu mampu pacu Bayern

senior bola sepak Jerman nyata masih ragu kemampuan pengendali berusia 72 tahun itu terutama selepas melihat bintang utama kelab ketika muncul juara trebel pada 2012/13 seperti Arjen Robbern, 33, dan pemain sering dilanda kecederaan Franck Ribery, 34, semakin berusia.

“Pengalaman cukup penting, Jupp Heynckes dan barisan kejurulati­han beliau melakukan perkara betul (ketika 2013),” kata bekas jurulatih Jerman, Berti Vogts.

“Namun ketika bermain, pengalaman bukan segala-galanya terutama ketika serangan. Pemain seperti Arjen Robben dan Franck Ribery tak lagi cukup untuk bola sepak peringkat tertinggi.

“Mereka tidak lagi berani melakukan cabaran seperti pernah dilakukan, terutama di tempat lawan.”

Jurulatih Jerman, Joachim Loew bimbang prospek akan dihadapi Heynckes.

“Pada kebanyakan tahap, pengalaman amat berharga seperti emas dalam bola sepak, tetapi bukan semuanya berlaku,” kata Loew.

“Dalam pasukan, ia tidak sepatutnya terlalu ditekankan. Anda juga perlu pastikan semua perkara harus terbaik dan dinamik untuk kembali kompetitif.”

Sebelum ini, Ancelotti dipecat selepas mengharung­i tiga perlawanan tanpa kemenangan termasuk kekalahan 0-3 kepada Paris Saint-Germain dalam aksi Liga Juara-Juara. -AFP

 ??  ?? HEYNCKES (tengah) menjulang trofi kejuaraan Liga Jerman bersama pemain Bayern Munich pada 2013.
HEYNCKES (tengah) menjulang trofi kejuaraan Liga Jerman bersama pemain Bayern Munich pada 2013.
 ??  ?? RUMMENIGGE (kiri) bersama Presiden Bayern Munich Uli Hoeness (kanan) dan Heynckes ketika sidang akhbar di Munich, kelmarin.
RUMMENIGGE (kiri) bersama Presiden Bayern Munich Uli Hoeness (kanan) dan Heynckes ketika sidang akhbar di Munich, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia