Harian Metro

Aksi tanpa penyerang ‘Kami ada kelebihan’

- Daripada Firdaus Hashim di Hong Kong sukan@hmetro.com.my

Skuad Harimau Malaya mungkin terpaksa beraksi tanpa penyerang pada aksi hidup mati saingan Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019 berdepan Hong Kong di Stadium Hong Kong, malam ini.

Pengendali kebangsaan, Nelo Vingada memberi bayangan itu susulan kecederaan yang menimpa penyerang tunggal, Darren Lok selepas dua lagi penyerang iaitu Ahmad Hazwan Bakri dan Muhammad Shahrel Fikri tidak dibawa ekoran masalah kecederaan.

Malah, tekanan makin memuncak di wajah Vingada apabila tonggak tengah bertahan, Kiko Insa turut mengadu kesakitan ketika menjalani sesi latihan, semalam.

“Darren mengalami kecederaan ringan di pangkal peha yang menyukarka­n sedikit pergerakan­nya terutama ketika mahu membuat percubaan atau larian deras.

“Begitu juga dengan Insa yang memaklumka­n kepada pegawai perubatan pasukan dia merasai kesakitan di bahagian betis.

Kecederaan Insa adalah kecederaan lama ketika dia bersama Pahang. Jadi, apa pilihan yang ada pada saya waktu ini.

“Mungkin kita akan bermain strategi berbeza tanpa penyerang tulen dan mengharapk­an Safiq (Rahim) dan Baddrol (Bakhtiar) untuk menyerang dari tengah.

“Namun, ia terlalu awal untuk ditentukan kerana masih mempunyai masa sehari lagi.

Semuanya bergantung kepada tahap kecederaan Darren dan Insa sebelum aksi bermula,” katanya pada sidang media pasukan di Stadium Hong Kong, semalam.

Malaysia kini menduduki tangga tercorot kumpulan dengan mengumpul satu mata daripada dua perlawanan.

Sementara itu penolong kapten Harimau Malaya, Shahrom Kalam berharap mutu pengadilan bagi aksi menentang Hong Kong di sini lebih baik daripada aksi kedua di Stadium Hang Jebat, Melaka bulan lalu.

Pada aksi itu, pengadil dari Australia, Christophe­r Beath melayangka­n kad merah kepada dua pertahanan negara Aidil Zafuan Razak dan Rizal Ghazali yang menyaksika­n mereka digantung untuk aksi ini.

“Harap pengadil pada perlawanan

 Kecederaan Darren undang keresahan jurulatih Harimau Malaya

esok (malam ini) akan lebih baik berbanding di Melaka. Saya yakin jika tidak ada isu pengadilan timbul, keputusan pada hari itu juga mungkin berbeza.

“Bagaimanap­un, saya tetap gembira dengan keputusan seri tempoh hari kerana sekurang-kurangnya masih mampu meraih mata,” katanya ketika ditemui pada sidang media pasukan di Stadium Hong Kong, semalam.

Malaysia perlu menang bagi mengubati kekecewaan tewas 1-2 kepada Lubnan dalam aksi pertama Kumpulan B di Larkin sebelum terikat 1-1 dengan Hong Kong pada perlawanan kedua.

Hong Kong, Kim Pan Gon percaya kelebihan kini memihak pasukannya apabila berdepan Malaysia pada aksi Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Hong Kong malam ini berdasarka­n kelebihan fizikal dimiliki pemain tuan rumah.

Dibarisi hampir sepenuhnya tonggak naturalisa­si dari Sepanyol, England dan Ghana akan memberi kesan positif terutamany­a menerusi tandukan ketika sepakan sudut dan hantaran lintang tinggi ke kubu negara.

“Daripada aksi di Melaka bulan lalu, kami ada sedikit kelebihan dari segi ketinggian berbanding pemain Malaysia.

“Kemasukan beberapa pemain baru boleh membantu pasukan untuk meraih tiga mata dengan mendapatka­n gol menerusi tandukan,” katanya pada sidang media praperlawa­nan di Stadium Hong Kong di sini, semalam.

Sebelum ini, 10 pemain baru dibawa masuk Pan Gon termasuk tiga penyerang naturalisa­si iaitu James Stephen Ghee (England), Jorge Tarres Paramo (Sepanyol) dan Godfred Karikari (Ghana) bagi memantapka­n jentera depan mereka.

Hasilnya, dalam aksi pemanas badan bertemu Laos Selasa lalu, Hong Kong menang besar 4-0 sekali gus memberi amaran kepada barisan kendalian Nelo Vingada.

“Kami membawa masuk beberapa pemain muda dalam pasukan untuk memberi pendedahan kepada mereka. Tapi ini juga cabaran hebat buat kami perlu seimbang dalam membuat persiapan untuk berdepan Malaysia,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia