Harian Metro

‘Bonus RM30,000 seorang kalau menang’

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Habuan besar menanti skuad Harimau Malaya apabila setiap pemain ditawarkan RM30,000 sekiranya dapat menewaskan

Hong Kong dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Hong Kong, malam ini.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim

menerusi persidanga­n video bersama jurulatih Nelo Vingada dan barisan pemain, semalam.

Menurut beliau, semua pemain harus mempamerka­n aksi terbaik untuk menutup segala kritikan yang dilemparka­n kepada skuad kebangsaan apabila gagal

(gambar)

melakar kemenangan dalam empat perlawanan terakhir sejak dibimbing jurulatih baru dari Portugal itu, Jun lalu.

“Anda semua perlu lakukan yang terbaik kerana menang atau kalah itu perkara kedua.

Paling penting mata manusia tak boleh menipu. Kalau seluruh rakyat Malaysia termasuk saya nampak pemain beri 110 peratus, kalah menang kita puas hati.

“Saya yakin anda boleh lakukan yang terbaik, kalau menang perlawanan ini, bonus RM30,000,” katanya.

Anak buah Vingada memerlukan kemenangan ke atas Hong Kong selepas seri 1-1 di Melaka pada 5 September lalu untuk menghidupk­an peluang mereka dalam aksi kelayakan Kumpulan B.

Sebelum itu, Malaysia tewas 1-2 kepada Lubnan dalam aksi pembukaan di Larkin pada 13 Jun sekali gus menyaksika­n mereka kini menduduki tangga tercorot dengan satu mata.

Tunku Ismail berkata, beliau mahu semua pemain hanya memberi fokus kepada permainan dan tidak menghirauk­an kritikan pihak luar yang tiada kaitan dalam bola sepak.

“Ambil ini satu peluang untuk jawab kritikan, negara ini banyak orang suka kritik macam-macam, semua nak pertikai kemampuan pemain dalam pasukan kebangsaan.

“Saya tak kisah apa yang orang cakap kerana saya akan sentiasa menyokong pemain yang ada dalam pasukan kebangsaan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia