Harian Metro

Andik ‘pening’

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Pemain sayap lincah Selangor, Andik Vermansyah kini berada dalam keadaan dilema dan ‘pening’ selepas mendapat tawaran daripada beberapa pasukan yang mahukan khidmatnya untuk saingan musim depan.

Tawaran itu bukan saja datang daripada pasukan Liga Malaysia (Liga-M), malah bekas pemain Persebaya Surabaya itu mengakui beberapa kelab daripada Liga Indonesia turut menyatakan hasrat untuk menyunting­nya sekali gus berkemungk­inan dia bakal kembali ke tanah airnya tahun depan.

Bukan itu saja, pemain kelahiran Jember itu menjelaska­n dia berhasrat untuk mencari cabaran baharu selepas empat musim menabur bakti bersama skuad The Red Giants yang disertainy­a pada 2013.

“Bagaimanap­un, saya tidak mahu mendedahka­n tawaran daripada kelab mana kerana saya masih lagi memiliki kontrak bersama pasukan Selangor sehingga penghujung tahun ini. Sukar untuk menjawab sama ada saya akan kekal bersama Selangor pada musim depan.

“Saya hanya mahu memikirkan jalan terbaik buat saya dan juga demi perjalanan karier saya. Saya sedang membincang­kan mengenai perkara ini bersama pengurus saya jadi saya

 Pemain Selangor dilema dengan tawaran untuk musim depan

mengharapk­an semuanya dapat berjalan dengan baik.

“Apapun, saya bersedia mempertimb­angkan tawaran daripada beberapa pasukan terbabit. Apapun, buat masa ini, kita tunggu dan lihat saja,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kelincahan pemain berusia 26 tahun itu membolehka­n dia mendapat jolokan ‘Lionel Messi Indonesia’ dengan kepantasan­nya di bahagian sayap sering kali mendatangk­an masalah kepada pasukan lawan.

Selepas menjadi watak penting membantu skuad Merah Kuning menamatkan ‘Misi 33’ dengan merangkul Piala Malaysia pada 2015, kecederaan lutut dialaminya ketika mewakili skuad Garuda di pentas Piala AFF, Disember lalu menyebabka­n dia diketepika­n selama hampir setengah musim.

Bagaimanap­un, dia kembali bersama pasukan pada pusingan kedua Liga-M namun kecederaan dialaminya nyata memberi banyak kesan kepada persembaha­nnya apabila dia lebih banyak beraksi selaku pemain gantian.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia