Harian Metro

Nasib Thanabalan, Adib bersama FELCRA masih samar

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kegagalan FELCRA FC beraksi di Liga Perdana musim depan mencetuska­n tanda tanya mengenai kedudukan dua pemain bintang skuad bawah 22 tahun negara (B-22), N Thanabalan dan Adib Zainudin.

Selepas tewas menerusi agregat 0-1 kepada Sime Darby dalam aksi separuh akhir kedua Piala FAM semalam, pihak pengurusan masih belum memberi penjelasan kepada semua pemain berhubung hala tuju kelab itu.

Bagi penyerang Thanabalan, 22, dia tidak menolak kemungkina­n untuk mencari cabaran baru selepas ini bagi mengembang­kan kariernya.

“Saya tak tahu nak cakap apa, memang kecewa sebab hajat saya nak bantu FELCRA layak ke Liga Perdana tapi tak berjaya. Kelab ini mempunyai pengurusan yang bagus, saya percaya kelab ini boleh berjaya satu hari nanti.

“Setakat ini pihak kelab tak ada cakap apa-apa lagi mengenai perancanga­n mereka. Jika khidmat saya tak diperlukan lagi, saya akan kembali ke Negeri Sembilan kerana saya ada satu tahun lagi kontrak dengan mereka,” katanya yang beraksi dengan FELCRA sebagai pemain pinjaman.

Thanabalan mencipta nama apabila membantu skuad B-22 mara ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 di China tahun depan dan menyumbat empat gol ketika meraih pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Rakan sepasukann­ya, Adib Zainuddin yang juga kapten skuad B-22 turut berdepan nasib tidak menentu apabila kontraknya bakal tamat Disember ini meskipun dia dikaitkan dengan perpindaha­n ke kelab juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (Johor DT).

“Setakat ini tak tahu lagi sama ada kekal bersama FELCRA atau kena cari pasukan lain. Kalau boleh memang saya nak bermain dengan pasukan Liga Super atau sekurang-kurangnya Liga Perdana bagi menambah pengalaman.

“Tapi setakat ini saya belum mendapat tawaran rasmi dari mana-mana kelab, cuma ada dua pasukan dari Liga Perdana dan Liga Super ada tanya mengenai kedudukan saya tapi bukan perbincang­an serius,” kata pemain pertahanan itu.

 ??  ?? ADIB
ADIB
 ??  ?? THANABALAN
THANABALAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia