Harian Metro

Kembar tanam impian sama

-

Tuaran: Kelibat pelajar kembar lelaki menjadi tumpuan pada hari pertama peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fuad Stephens, Kiulu, di sini, semalam.

Alieron Pazon dan Alvieron Pazon, 15, antara 238 calon PT3 di sekolah itu turut menjadi perhatian dalam kalangan guru dan pengawas peperiksaa­n.

Malah, dua beradik dari Kampung Bolotikon, Kiulu itu ditempatka­n di dalam kelas sama ketika menduduki ujian Bahasa Melayu dan Matematik, pada hari pertama peperiksaa­n berkenaan.

Menurut Alieron, dia dan Alvieron agak berdebar, tetapi amat teruja apabila menduduki peperiksaa­n berkenaan.

“Ini selangkah untuk mengejar impian kami iaitu menjadi pendidik satu hari nanti,” katanya ditemui sebelum menduduki peperiksaa­n itu di SMK Tun Fuad Stephens, Kiulu, di sini, semalam.

Alieron yang juga anak keempat berkata, dia berhasrat untuk menjadi guru Matematik, manakala adiknya bercita-cita menjadi guru Bahasa Melayu pada masa hadapan.

“Bagi menghadapi peperiksaa­n ini, kami sering mengulang kaji pelajaran bersamasam­a.

“Selain itu, kami menambah masa ulang kaji pelajaran selama sejam iaitu sebelum ke sekolah setiap pagi,” katanya.

Pasangan kembar ini berkata, mereka turut mempunyai minat dan hobi yang sama iaitu memasak serta bermain bola sepak.

 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ?? CALON peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PPT3), Alieron (kiri) bersama kembarnya Alvvieron ketika ditemui di SMK Tun Fuad Stephen, pekan Kiulu.
CALON peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PPT3), Alieron (kiri) bersama kembarnya Alvvieron ketika ditemui di SMK Tun Fuad Stephen, pekan Kiulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia