Harian Metro

Tak boleh jamin

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

 Guru didakwa laku seks oral, cabul 5 murid lelaki

Guru lelaki Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) di Serian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas 14 pertuduhan melakukan seks oral dan mencabul lima murid lelaki di sekolahnya antara Mei hingga Ogos lalu.

Tertuduh, Lai Chee Chiang, 37, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan kesalahan itu terhadap mangsa berusia antara 10 hingga 12 tahun di pejabat Hal Ehwal Murid (HEM), bilik darjah serta di dalam stor sekolah berkenaan.

Lelaki terbabit menghadapi tiga pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan (KK) kerana memaksa murid lelaki berusia 11 tahun melakukan seks oral di dalam pejabat HEM antara Mei hingga Ogos lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum maksimum 20 penjara dan sebatan jika sabit kesalahan.

Lai menghadapi lapan pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana mencabul lima murid berusia 10 hingga 12 tahun yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Bukan itu saja, tertuduh juga menghadapi tiga pertuduhan mengikut Seksyen 377 E, Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan melampau terhadap dua murid berusia 11 dan 12 tahun di dalam bilik darjah sekolah yang sama pada Julai dan Ogos lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum lima tahun penjara dan sebatan.

Prosiding pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Nor Azhari Yusof manakala tertuduh diwakili peguam bela KC

Wong.

Nor Azhari dalam hujahnya memohon mahkamah supaya tidak membenarka­n tertuduh diikat jamin kerana semua mangsa adalah kanak-kanak selain melindungi mereka daripada diganggu.

“Saya memohon kepada mahkamah untuk tidak membenarka­n tertuduh dijamin memandangk­an semua mangsa adalah kanak-kanak selain bimbang tertuduh akan mengganggu atau berkomunik­asi dengan mangsa,” katanya.

Hakim Shafiza Abdul Razak Tready membenarka­n permohonan itu dan menetapkan tarikh perbicaraa­n kes itu di Mahkamah Kota Samarahan pada 25 Oktober ini.

 ??  ?? TERTUDUH diiringi anggota polis keluar dari mahkamah.
TERTUDUH diiringi anggota polis keluar dari mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia