Harian Metro

Rampas 4,563 selipar, kasut tiruan

- Amniera Naziera Amran hmkk@hmetro.com.my

 KPDNKK buat operasi susulan aduan pemilik cap dagang

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Sabah merampas 4,563 selipar dan kasut tiruan bernilai RM30,365 di beberapa premis sekitar Penampang, Rabu lalu.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa KPDNKK Sabah Yahya Sujak berkata, serbuan itu susulan aduan daripada pemilik cap dagang jenama Fipper dan Adidas.

“Rampasan turut disertai dua wakil pengadu bagi mengenal pasti produk yang disyaki tiruan membabitka­n 3,650 selipar jenama Fipper serta 650 selipar dan 263 kasut jenama Adidas.

“Kami membanding­kan produk dirampas dengan produk asli.

“Didapati ada perbezaan spesifikas­i produk termasuk saiz, kod bar dan logo,” katanya pada sidang media di pejabat KPDNKK Sabah, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Yahya berkata, semua selipar dan kasut yang dirampas itu akan dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan proses analisis lanjut sebelum kes itu diserahkan kepada pendakwara­ya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 (2) (b) Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya.

“Ia memperuntu­kkan hukuman, bagi bukan syarikat, denda tidak melebihi RM10,000 setiap unit barang yang disita atau penjara tidak lebih tiga tahun jika sabit kesalahan,” katanya.

Sementara itu, Yahya berkata, KPDNKK mematahkan 17 kes penyelewen­gan membabitka­n gas petroleum cecair (LPG) dan diesel dengan nilai rampasan RM1.7 juta di sekitar Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan Kudat, sepanjang tahun ini.

“Operasi khas itu dilakukan dengan kerjasama pihak Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) membabitka­n dua kes di Sandakan, Tawau (tujuh kes), Lahad Datu (dua kes) serta Kudat (enam kes).

“Dalam operasi itu, KPDNKK merampas 4,794 kilogram minyak masak bernilai RM83,365 yang cuba diseludup ke Indonesia,” katanya.

 ?? FOTO: ?? YAHYA menunjukka­n antara kasut tiruan yang dirampas sekitar Penampang.
FOTO: YAHYA menunjukka­n antara kasut tiruan yang dirampas sekitar Penampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia