Harian Metro

Warga emas maut terhumban

-

Lelaki warga emas maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas dan terhumban ke dalam parit selepas bertembung dengan kereta di Kilometer 8, Jalan Lama Papar-Kota Kinabalu, berhampira­n Kampung Nagapas, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa, Chong Sew Pong, 69, yang parah di bahagian kepala dan badan kemudian disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan lanjut di Hospital Papar.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superinten­dan Ladamah Sulaiman berkata, ketika kejadian, Chong yang memandu Mitsubishi Triton dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kawasan Nagapas dari arah pekan Papar.

Sebaik tiba di lokasi, kereta Perodua Kancil dinaiki empat beranak pula keluar dari simpang di Jalan Nagapas menuju ke Jalan Mikik.

“Akibat jarak terlalu dekat, Mitsubishi Triton gagal mengelak lalu merempuh bahagian hadapan Perodua Kancil. Pacuan empat roda kemudian hilang kawalan dan terbabas lalu terjunam dan terbalik di parit lokasi berkenaan.

“Ia mengakibat­kan

Chong tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

“Orang awam yang menyaksika­n kejadian kemudian membantu mengeluark­an mangsa sebelum dia dibawa ke Hospital Papar.

“Bagaimanap­un, lelaki itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

 ??  ?? KEADAAN kenderaan dipandu mangsa terbalik di parit di Kilometer 8 Jalan Lama Papar-Kota Kinabalu, Papar.
KEADAAN kenderaan dipandu mangsa terbalik di parit di Kilometer 8 Jalan Lama Papar-Kota Kinabalu, Papar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia