Harian Metro

Selesai masalah air keruh

- Angkun Khidri hmkk@hmetro.com.my

Sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gadong, di sini, tampil dengan alat penapis air yang mampu menyelesai­kan masalah sumber air keruh di beberapa kampung di daerah ini.

Menariknya, produk inovasi yang dihasilkan menerusi projek komuniti tajaan Petronas itu sebahagian besarnya menggunaka­n bahan semula jadi.

Ketua projek Shirlin Lin, 16, berkata, seramai 20 pelajar terdiri daripada murid tingkatan empat sekolah itu mengambil masa selama dua bulan sejak Ogos lalu untuk menyiapkan prototaip alat penapis air berkenaan.

Antara bahan digunakan untuk menghasilk­an agen penapis air itu termasuk paip PVC (polyvinyl chloride), pasir kristal, batu kelikir dan tawas yang rata-ratanya mudah diperoleh.

“Kesukaran mendapatka­n air bersih masalah utama bagi penduduk Kampung Suasa yang hanya berharap kepada air Sungai Padas yang sentiasa keruh untuk kegunaan domestik.

“Penyelesai­an kepada masalah ini ialah produk penapis air ciptaan kami yang bukan saja mampu menjernihk­an air keruh, tetapi juga lebih murah berbanding produk lain di pasaran.

“Reka bentuk model penapis air ini mudah dibina serta senang diselengga­ra. Paling penting, ia menggunaka­n komponen yang murah dengan satu set lengkap hanya RM150,” katanya ketika ditemui pada Pelancaran Projek Clean Water For Everyone (CW4E) di Dewan Terbuka Keramis Suasa, di sini, kelmarin.

Ia dirasmikan Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Kamarlin Ombi.

Shirlin yang berasal dari Kampung Gadong, di sini berkata, Dewan Kampung Suasa menjadi lokasi bagi ujian model penapis air itu membabitka­n pemasangan secara terus ke dari sungai ke tangki utama.

Katanya, saluran air bersih melalui paip perlu disediakan kepada setiap rumah di kampung berkenaan bagi memastikan bekalan air jernih dan bersih dapat disalurkan secara terus kepada penduduk.

Bagaimanap­un, katanya, air tapisan itu tidak boleh diminum secara terus, selepas mendapat nasihat Jabatan Air Negeri sabah (JANS).

“Bagi memastikan projek ini berjaya, kami turut mendapat bimbingan daripada JANS terutama dalam aspek penyediaan bahan penapis, selain dana berjumlah RM1,000 daripada Petronas.

“Kami berharap ciptaan inovatif ini mampu memenangi pertanding­an projek komuniti All About Youth anjuran Petronas pada Ogos tahun depan, sekali gus berjaya mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan,” katanya.

Kamarlin dalam ucapannya menyambut baik usaha pelajar terbabit yang secara kreatif menghasilk­an satu model penapis air yang dilihat dapat memberi impak besar kepada kehidupan penduduk kampung.

 20 pelajar terbabit projek hasil prototaip alat penapis air

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, inisiatif berkenaan wajar dicontohi pelajar di sekolah lain khususnya dalam penghasila­n produk yang mampu memberi manfaat kepada komuniti.

 ??  ?? KAMARLIN (duduk tengah) bersama pelajar yang terbabit dan projek.
KAMARLIN (duduk tengah) bersama pelajar yang terbabit dan projek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia