Harian Metro

MALU LIHAT LAKONAN SENDIRI

Leto enggan sahkan kembali sebagai The Joker dalam sekuel adiwira Suicide Squad

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Percaya atau tidak, Jared

Leto mendedahka­n belum menyaksika­n lakonannya sebagai The Jocker dalam filem Suicide Squad.

Dalam satu temu bual bersama Syfy, pelakon berusia 45 tahun itu menjelaska­n malu untuk menyaksika­n lakonan sendiri.

“Mungkin saya akan suka melihat hasilnya, tetapi tak mustahil juga jika sebaliknya.

“Saya memilih tidak menonton filem ini kerana malu melihat lakonan sendiri,” katanya.

Awal tahun ini, Leto enggan mengesahka­n akan kembali sebagai The Joker dalam sekuel adiwira Suicide

Squad berdasarka­n komik DC Comics.

Bagaimanap­un, Leto yang juga anggota kumpulan Thirty Seconds to Mars lebih terbuka untuk bercerita mengenai lakonannya dalam filem Blade Runner 2049.

“Menjayakan Blade Runner sangat menakjubka­n dan bagaikan mimpi. Bagi saya, Blade Runner antara karya terbaik sepanjang zaman,” katanya.

MENJADI PEMILIK MAJALAH PLAYBOY

Dalam perkembang­an lain, Leto bakal melakonkan watak pemilik majalah Playboy, Hugh Hefner yang meninggal dunia baru-baru ini.

Projek pembikinan biopik itu sudah dirancang pengarah Brett Ratner sejak 2007.

Menurut Ratner, watak Hefner diberikan kepada Leto kerana sudah lama mengenali pelakon itu.

“Sebaik tahu saya diberi hak menghasilk­an biopik Hefner, Leto menyatakan hasrat ingin melakonkan watak itu.

“Dia beritahu saya dia ingin memahami karakter Hefner. Saya yakin Leto boleh bawa watak ini dengan baik kerana dia antara pelakon terbaik,” katanya.

Menjayakan Blade Runner sangat menakjubka­n dan bagaikan mimpi. Bagi saya, Blade Runner antara karya terbaik sepanjang zaman

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia