Harian Metro

Pertikai sejarah raja

Berdepan hukuman penjara selepas dituduh menghina keluarga diraja

- Agensi Bangkok

Seorang aktivis berdepan hukuman penjara 15 tahun selepas meminta rakyat Thailand berfikir secara kritikal mengenai sejarah seorang raja negara itu yang diceritaka­n memenangi pertempura­n seorang diri pada 1593.

Sulak Sivaraksa, 85, dibawa ke mahkamah tentera di sini semalam di mana dia secara rasmi didakwa atas tuduhan menghina kerabat diraja Thailand.

Aktivis berkenaan didakwa berkaitan satu forum pada 2014 apabila meminta orang ramai berfikir secara kritikal mengenai sejarah Thailand.

Sulak juga mempersoal­kan kebenaran kisah Raja Naraesuan yang secara solo menewaskan tentera putera Burma dalam pertempura­n Nong Sarai 400 tahun lalu dengan menaiki seekor gajah perang.

Sulak yang berjalan menggunaka­n tongkat berkata, dia tidak tahu mengapa sekarang baru dia didakwa walaupun kenyataan itu dibuat sudah lama.

“Mungkin mereka (kerajaan) tidak suka saya kerana saya tidak pernah menutup mulut.

“Saya bercakap benda yang benar. Saya rasa itu adalah tugas saya,” katanya. Mengikut undang-undang menghina raja di Thailand, seseorang itu boleh dihukum penjara dari tiga hingga ke 15 tahun.

Undang-undang itu hanya meliputi ahli dekat keluarga diraja dan tidak menyatakan raja yang sudah mangkat.

Peguam Sulak, Puangtip Boonsanong berkata, lelaki itu tidak mengaku salah dan akan membela diri di mahkamah.

Kumpulan Peguam Thailand untuk Hak Asasi Manusia memberitah­u, sekurang-kurangnya 93 kes menghina raja membabitka­n 138 individu didapati bersalah sejak tentera merampas kuasa pada 2014.

Pengkritik mendakwa, tindakan kerajaan itu adalah satu cara menutup mulut pengkritik dan mengukuhka­n kawalan politik.

 ??  ?? SULAK Sivaraksa
SULAK Sivaraksa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia