Harian Metro

‘BARAH’ TEMBAK IKAN

Mesin judiditemp­at terbuka pusat beli-belah

- lapor Nurul Hidayah Bahaudin

> Kemunculan simulator 'tembak ikan' di ruang hiburan keluarga pusat beli-belah kini menjadi ‘barah’ apabila aktiviti perjudian dilakukan di tempat awam. Dengan serendah 50 sen, pemain yang berjaya menangkap ikan besar serta-merta mendapat lambakan token dari bawah mesin yang boleh digunakan untuk menyambung permainan atau ‘dicuci’ bagi mendapatka­n wang tunai,

Selepas permainan judi lumba kuda yang popular sekitar 1990-an hingga awal 2000 kini mesin judi simulator ‘tembak ikan’ muncul sebagai ancaman sosial terbaru dalam kalangan masyarakat.

Apa yang membimbang­kan, permainan judi tembak ikan ini amat popular dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan wanita, selain kaki judi tegar.

Ini kerana judi simulator ini tidak hanya wujud di premis judi haram tetapi terdapat di kebanyakan pusat hiburan keluarga di kompleks beli-belah terkemuka.

Permainan judi simulator tembak ikan ini dianggap lebih menguja selain menawarkan hadiah wang lebih lumayan berbanding permainan judi lumba kuda.

Pemain perlu menembak atau membaling jala ke arah ikan pada paparan simulator membuatkan ia kelihatan seperti permainan kanak-kanak.

Malah tinjauan wartawan Harian Metro mendapati mesin judi simulator ini bebas dimain tanpa sekatan berikutan ramai menyangka ia hanyalah permainan ‘suka-suka’.

Namun sepanjang seminggu wartawan mengikuti operasi anggota Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, mesin simulator ini didapati menjadi medium pertaruhan judi paling diminati.

Boleh dikatakan hampir semua premis judi dalam talian diserbu polis menawarkan permainan berkenaan bagi menarik lebih ramai pelanggan.

Bagi permainan simulator judi tembak ikan ini, pertaruhan sama seperti permainan judi lain iaitu pemain perlu menggunaka­n token atau mata kredit melalui pertukaran wang tunai di kaunter.

Dengan harga serendah 50 sen ke RM1 bagi satu mata, pemain boleh memulakan permainan dengan membuat pertaruhan bagi menembak atau menangkap ‘ikan besar’ yang dipaparkan pada skrin simulator.

Pemain boleh memulakan permainan dengan menyasarka­n ‘ikan besar’ dengan menekan butang pada mesin itu.

Semakin besar ikan ditangkap, semakin besar kredit atau jumlah token diperoleh.

Bagi pemain yang berjaya menangkap atau menembak ikan besar, mereka akan memperoleh token yang keluar dari bawah mesin secara serta merta.

Token ini boleh digunakan semula untuk menyambung permainan atau ‘dicuci’ bagi mendapatka­n semula wang tunai dan keuntungan segera.

Bagaimanap­un, sekiranya pemain gagal menangkap sebarang ikan, kredit atau token mereka akan berkuranga­n sebelum permainan itu tamat.

Biasanya setiap mesin simulator ini boleh dimain antara empat hingga enam pemain serentak.

Difahamkan di Indonesia, kerajaan republik itu mengharamk­an mesin simulator sama yang dianggap menjadi punca peningkata­n gejala pertaruhan judi di negara berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? MESIN simulator judi tembak ikan yang dirampas dalam serbuan Op Dadu di Jalan Brunei Barat, Kuala Lumpur. MESIN simulator judi tembak ikan popular dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan wanita.
MESIN simulator judi tembak ikan yang dirampas dalam serbuan Op Dadu di Jalan Brunei Barat, Kuala Lumpur. MESIN simulator judi tembak ikan popular dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan wanita.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia