Harian Metro

16 JAM DI PUSARAN AIR

Dua lelaki 16 jam berpaut pada kayak

- Alias Abd Rani lias@hmetro.com.my

Kedua-dua mangsa dilihat memakai jaket keselamata­n

di lokasi penemuan

Zulkifli

Selepas lebih 16 jam dilaporkan hilang apabila kayak dinaiki terbalik akibat tersangkut di pusaran air, dua lelaki Hew Yoong Loong, 61, dan Leow Shak Kwan, 54, ditemui selamat, semalam.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Datuk Zulkifli Abu Bakar berkata, kedua-dua mangsa ditemui jam 8.35 pagi pada kedudukan 3.4 batu nautika dari selatan Tanjung Tuan, di sini.

Berikutan itu, katanya, kedua-dua mangsa diselamatk­an dan dibawa ke stesen udara Subang sebelum dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh bagi tindakan lanjut.

“Operasi bermula jam 8 pagi (semalam) membabitka­n aset bot Petir 84 dan 91, dengan kekuatan lapan anggota serta seorang pegawai.

“Selain itu, APMM juga menggunaka­n pesawat udara maritim AS 365 N3 sebelum menemui kedua-dua mangsa dalam keadaan terapung sambil memegang kayak.

“Kedua-dua mangsa dilihat memakai jaket keselamata­n di lokasi penemuan. Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan jam 9.45 pagi,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam. Zulkifli berkata, turut terbabit dalam operasi itu adalah Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Dalam kejadian jam 4 petang kelmarin, Leow dan Hew dilaporkan hilang selepas kayak dinaiki terbalik, manakala rakan wanita mereka Foo Siew Wan, 54, terselamat.

Ketiga-tiga mangsa dari Selangor dikatakan mula berkayak di pantai Blue Lagoon, Tanjung Tuan sebelum kayak dinaiki dua lelaki terbabit terbalik.

Foo yang menyaksika­n kejadian itu cuba membantu, namun gagal sebelum dia bergerak ke darat untuk mendapatka­n bantuan polis dan bomba.

 ??  ??
 ??  ?? LEOW dan Hew ditemui terapung sambil memegang kayak, semalam.
LEOW dan Hew ditemui terapung sambil memegang kayak, semalam.
 ??  ?? MANGSA dibawa ke stesen udara Subang sebelum ke Hospital Sungai Buloh bagi tindakan lanjut.
MANGSA dibawa ke stesen udara Subang sebelum ke Hospital Sungai Buloh bagi tindakan lanjut.
 ??  ?? KEDUA-DUA mangsa yang ditemui pasukan mencari dan men y elamat .
KEDUA-DUA mangsa yang ditemui pasukan mencari dan men y elamat .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia