Harian Metro

6 PASANGAN KEMBAR MASUK PERIKSA

Antara calon yang menduduki PT3 di SMK Bukit Jelutong

- Faliq Lajim hmetroshah­alam @hmetro.com.my

Enam pasangan kembar seiras antara calon yang menduduki peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jelutong, di sini, semalam.

Mereka yang berusia 15 tahun itu ialah Muhd Iman Fathi dan Muhd Ilham Fahim Aznan; Rohit Mirza Hazeen dan Rahul Mirza Hazeeq Mohd Rashmir; Nur Faiqah dan Nur Farhah Ahmad Azman; Erwinshah Putra Muhamad dan Erwanshah Putra Muhamad Nurman Karthikasa­n; Mohd Haikal Hakeem dan Mohd Norman Hakeem Khairuddin serta Siti Nur Fatihah dan Siti Nur Fatunah Zailani.

Pengetua SMK Bukit Jelutong, Che Sapora Ibrahim berkata, tahun ini dianggap unik berikutan ia jumlah pasangan tertinggi yang pernah mengambil ujian sepanjang tempoh 13 tahun penubuhan sekolah berkenaan.

“Kami pernah memiliki calon PT3 dalam kalangan kembar, namun ia tidak seramai kali ini.

“Keenam-enam pasangan kembar itu menjadi tumpuan apabila bersama menduduki peperiksan berkenaan,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Seorang daripada kembar itu, Nur Faiqah berkata, terdapat banyak kelebihan apabila mempunyai adik-beradik kembar terutama membabitka­n pelajar.

“Kami akan melakukan ulang kaji setiap hari selama dua jam bersama. Ia memudahkan kerana kami akan membantu antara satu sama lain.

“Jika Farhah (kembarnya) tidak faham, saya akan cuba membantuny­a, begitu juga sebaliknya,” katanya yang mensasarka­n untuk

“Kami akan melakukan ulang kaji setiap hari selama dua jam bersama. Ia memudahkan kerana kami akan membantu antara satu sama lain” Nur Faiqah

memperoleh keputusan cemerlang.

Seramai 324 calon menduduki peperiksaa­n PT3 di 17 kelas sekolah berkenaan.

 ??  ?? ENAM pasangan kembar mengulang kaji buat kali terakhr sebelum menduduki PT3.
ENAM pasangan kembar mengulang kaji buat kali terakhr sebelum menduduki PT3.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia