Harian Metro

Kecut perut operasi berkala polis

-

Kuala Lumpur: Operasi dan pemantauan yang dijalankan secara konsisten membantu mengurangk­an kegiatan judi dalam talian termasuk judi tembak ikan di daerah Dang Wangi, di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, berdasarka­n operasi dan pemantauan dilakukan sepanjang bulan ini, kegiatan berkenaan didapati semakin berkuranga­n dengan kebanyakan premis sudah ditutup dan tidak menjalanka­n aktiviti judi dalam talian.

“Sebelum ini, kami mengenal pasti kawasan Bukit Bintang dan Pudu sebagai lokasi panas kegiatan judi dalam talian. Bagaimanap­un, hasil operasi dan pemantauan yang dijalankan setiap hari di kawasan ini mendapati banyak premis judi dalam talian sudah tutup,” katanya.

Mohd Sukri berkata, pihaknya mengambil inisiatif dengan melakukan pemantauan dan pemeriksaa­n secara berkala di premis yang dikenal pasti aktif menjalanka­n kegiatan judi dalam talian sebagai langkah membantera­s aktiviti itu.

“Ada antara premis di daerah ini tidak serik apabila kembali semula beroperasi sebaik saja beberapa hari selepas serbuan. Dalam usaha mengelakka­n mereka beroperasi semula, kami membuat pemeriksaa­n dan pemantauan setiap hari terhadap premis berkenaan.

“Ternyata langkah itu dilihat berkesan apabila pemeriksaa­n menerusi Operasi Waran Geledah (Op Waran Geledah) yang dibuat minggu lalu terhadap beberapa premis yang aktif menjalanka­n kegiatan terbabit mendapati ia sudah tutup sepenuhnya dan kosong,”

katanya.

 ??  ?? MOHD Sukri
MOHD Sukri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia