Harian Metro

‘DOODLE’ TINGKAT KESEDARAN

- Nor Hanisah Kamaruzama­n gen.y@hmetro.com.my

20 karya bakal dibida dan 50 peratus daripada hasil disalurkan ke pusat kebajikan

Generasi muda terus menonjol dan menyerlah dalam bidang seni kreatif malah semakin ramai cenderung menghasilk­an karya seni sebagai hobi pada waktu lapang.

Tidak kira mewarna, melukis atau mencipta sebarang bentuk karya, ia ternyata mewujudkan ketenangan selain memberi kepuasan kepada pengkarya.

Namun, sesebuah kerja seni yang dihasilkan bukan sekadar memberi kesan visual semata-mata tapi turut menzahirka­n perasaan atau menyampaik­an mesej tersendiri.

Perkara itu mencetuska­n idea bagi sekretaria­t Festival Konvokesye­n Universiti Malaya (FESKUM) 2017 untuk menganjurk­an Pertanding­an Seni Doodle.

Menariknya, projek yang mendapat sokongan Galeri Seni Universiti Malaya dan ARTO Movement (ARTO) itu bukan sekadar mencari hasil karya terbaik tapi turut meningkatk­an kesedaran masyarakat melalui tema yang diketengah­kan.

Timbalan Pengarah projek berkenaan Siti Elena Najib, 20, berkata, tema ‘Masyarakat Inklusif dan Terbuka Terhadap Orang Kurang Upaya (OKU)’ diperkenal­kan bagi menyuntik kesedaran ramai terhadap pembabitan golongan OKU dalam kehidupan seharian.

“Objektif utama projek ini memfokuska­n pada menanam sifat kecintaan masyarakat terhadap golongan OKU yang memerlukan sokongan dan semangat berterusan.

“Menariknya, mesej dan kesedaran kepada orang awam ini disampaika­n menerusi medium yang menarik dan santai iaitu doodle kerana ia salah satu cabang seni yang mencuri tumpuan pelbagai lapisan masyarakat.

“Ini juga tanggungja­wab sosial kami yang secara tidak langsung bantu memperkasa­kan Persatuan Mahasiswa Istimewa Universiti Malaya (PERMIUM),” katanya.

Penulis turut berkesempa­tan menemu bual penuntut yang juga ahli PERMIUM yang cacat penglihata­n.

Bagi Kaveinthra­n Pulanthran, 23, pertanding­an itu mampu membuka mata masyarakat untuk membabitka­n golongan OKU dalam semua perkara dan aktiviti seharian.

“Melalui penganjura­n pertanding­an ini kita dapat lihat satu inisiatif penganjur untuk membabitka­n OKU dalam bidang seni.

“Sebenarnya, pembabitan OKU tidak harus tertumpu pada pembinaan

 ??  ?? SITI Elena
SITI Elena
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia