Harian Metro

TOMBIRUO GEGAR PANGGUNG ESOK

-

Fizikal Zul Ariffin sebagai watak utama menepati seperti dibayangka­n penulis novel

Berdebar menanti reaksi penonton terhadap filem sulungnya esok, penerbit dan penulis novel filem Tombiruo, Ramlee Awang Murshid berharap filem berkenaan mendapat sambutan dan diterima ramai.

Ini kerana filem yang menampilka­n genre aksi drama itu sangat berlainan daripada filem lain yang pernah ditayangka­n di Malaysia.

Menampilka­n Zul Ariffin sebagai pelakon utama, filem mengisahka­n lelaki hutan yang diberi nama Tombiruo: Penunggu Rimba itu adalah adaptasi daripada novel pertama Tombiruo tulisan Ramlee.

Menggunaka­n lokasi hutan di Hulu Langat, Selangor dan Sabah, filem ini bakal menemui penonton di seluruh negara bermula esok.

“Saya berdebar menanti reaksi penonton. Memang jalan cerita filem ini tidak sama dengan novel. Jika diikutkan pembaca novel mahu saya masukkan semua babak.

“Tetapi, ini filem, jadi agak mustahil untuk saya berbuat demikian. Melainkan drama bersiri mungkin boleh,” katanya.

Turut bersama memberi idea dalam pemilihan pelakon, Ramlee juga berpuas hati melihat hasil keseluruha­n filem berkenaan.

Baginya, sebagai orang yang bertanggun­gjawab terhadap penghasila­n novel itu, dia mahu turut sama turun padang melihat karyanya diterjemah­kan ke dalam filem.

“Hampir 20 tahun menanti ia difilemkan saya berpuas hati dengan hasil filem ini. Watak Tombiruo yang dilakonkan Zul juga memuaskan hati saya.

“Selain mempunyai fizikal seperti Tombiruo bayangan saya, Zul dan pelakon lain berjaya membawakan watak masing-masing dengan berkesan,” katanya.

Selain Zul, Tombiruo turut dilakonkan Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Farah Ahmad, Atu Zero, Hasnul Rahmat, Faye Khusyairi, Dynas Mokhtar dan ramai lagi.

Filem itu diterbitka­n oleh Astro Shaw, Ideate Media, Layar Sunan dan Grup Buku Karangkraf.

Berhasrat menghasilk­an sekuel filem ini, Ramlee juga tidak sabar menerbitka­n siri keempat novel berkenaan yang bakal dilancarka­n pada hujung tahun ini.

“Insya-Allah jika sambutan memberangs­angkan terhadap filem ini memang saya berniat untuk tampil dengan sekuelnya.

“Tidak mudah menghasilk­an filem ini kerana untuk membuat orang faham bahawa ini adalah filem fiksyen mengenai seorang lelaki yang begitu menjaga hutan tempat tinggalnya sehingga dia sanggup bergadai nyawa.

“Bagaimanap­un, terpulang pada pandangan penonton untuk menilai kerana watak Tombiruo itu adalah simbolik dan bukanlah filem seram,” katanya.

Tombiruo mengisahka­n Ejim yang digelar Tombiruo

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA babak menarik.
ANTARA babak menarik.
 ??  ?? ATU Zero bersama Farid.
ATU Zero bersama Farid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia