Harian Metro

‘Hiling’ sampai ke ranjang

- Mohamad Zulhairie Manzaidi am@hmetro.com.my

 30 individu termasuk remaja 14 tahun ditahan sertai pesta dadah di rumah tumpangan

Bayaran masuk hanya RM10 dan peserta bukan setakat boleh menyertai parti lalok, malah dibenarkan untuk melakukan hubungan intim sesama mereka.

Parti lalok dikenali (geleng) dalam loghat Kelantan dikatakan julung kali dianjurkan di daerah ini dan ia disertai 31 lelaki dan wanita termasuk remaja semuda 14 tahun.

Ia berlangsun­g malam kelmarin di sebuah rumah tumpangan di Kampung Berangan, di sini, namun pihak berkuasa menggagalk­an cubaan mereka untuk terus berpesta.

Serbuan dilakukan jam 12 tengah malam semalam oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan dan Majlis Daerah Tumpat.

Pada serbuan itu, 30 individu ditahan dengan 29 daripadany­a positif dadah. Seorang lagi dapat melarikan diri.

Daripada jumlah yang ditahan, 15 adalah remaja lelaki berusia antara 15 tahun dan 19 tahun, tujuh remaja perempuan berusia 14 tahun dan 19 tahun manakala bakinya lelaki berusia 21 tahun dan 50 tahun.

Ketika ditahan, mereka sedang khayal selepas mengambil pil Ecstasy.

Remaja dikenali sebagai Mira, 15, berkata, dia dan kakaknya, Tasya, 17, ke parti itu kerana mengikut abang angkatnya berusia 20-an yang membawa mereka keluar untuk makan malam.

Dia mendakwa tidak mengetahui mengenai kewujudan parti terbabit dan pertama kali menyertain­ya.

“Sebaik diajak keluar makan, saya minta kakak (Tasya) untuk temankan namun kami tidak dibawa ke kedai makan, sebaliknya ke rumah tumpangan di Kampung Berangan.

“Sebaik tiba jam 11 malam, saya dan kakak terkejut kerana ramai remaja berkumpul, malah kami tidak kenal satu sama lain,” katanya ditemui di pejabat AADK Tumpat, semalam.

Mira yang berasal dari Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu berkata, sebaik parti itu bermula, dia dan Tasya diminta untuk menelan sebiji pil sebelum mereka khayal dan menari mengikut rentak muzik.

“Saya tidak ingat apa-apa selepas itu dan hanya sedar ketika ditahan penguat kuasa AADK,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai AADK Daerah Tumpat Mazlan Idris berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Katanya, ketika serbuan, peserta sedang khayal kerana mengambil dadah dan masing-masing berkumpul di ruang tamu serta bilik yang diubah umpama sebuah pusat hiburan.

“Dua bilik lagi dipersiapk­an untuk peserta melakukan hubungan intim malah ia dilengkapi tilam serta bantal.

“Semua yang ditahan bukan berasal dari daerah ini sebaliknya dari Kota Bharu dan Bachok. Mereka menyertai parti ini selepas menerima jemputan peribadi yang diedar menerusi aplikasi WhatsApp.

“Ketika diserbu, tiada pasangan yang sempat melakukan hubungan terlarang,” katanya.

 ??  ?? MIRA dan Tasya ditahan selepas menyertai pesta lalok di Kampung Berangan, semalam.
MIRA dan Tasya ditahan selepas menyertai pesta lalok di Kampung Berangan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia