Harian Metro

Pak cik penama KWSP ayah

 Hanya jadi pentadbir dan perlu agihkan wang caruman kepada waris layak

-

Adakah penama bagi akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu pemilik sah sekiranya pencarum meninggal dunia?

Arwah bapa saya ketika masih hidup meletakkan adik kandungnya sebagai penama. Sehingga arwah kahwin dan meninggal dunia penama itu belum ditukar.

Adakah pak cik saya berhak ke atas wang berkenaan? Bagaimana sekiranya anak-anak serta isteri ingin menuntut wang berkenaan? Untuk makluman puan, arwah mempunyai tujuh anak, lima lelaki dan dua perempuan.

Ingin Tahu Kuala Lumpur

Pencarum KWSP boleh mendaftark­an penama untuk wang caruman sebagai wasi atau pentadbir selepas kematianny­a.

Penamaan adalah satu pengisytih­aran secara bertulis dibuat ahli dalam Borang KWSP 4 bagi melantik seseorang sebagai ‘benefisiar­i’ atau sebagai wasi/pentadbir (bagi orang beragama Islam) ke atas simpanan KWSP apabila ahli meninggal dunia.

Tujuan penamaan dibuat adalah bagi membolehka­n KWSP melepaskan simpanan ahli yang meninggal dunia kepada pentadbir dengan segera tanpa perlu mendapatka­n Surat Kuasa Mentadbir.

Jika tiada penamaan di KWSP, pihak waris perlu mendapatka­n surat kuasa tadbir untuk menguruska­nnya.

Proses mendapatka­n surat kuasa itu mengambil masa dan membabitka­n kos.

Penama Islam hanya berperanan sebagai wasi sahaja dan bukan benefisiar­i. Ini sejajar dengan fatwa dikeluarka­n Majlis Fatwa Kebangsaan.

Tiada peruntukan mewajibkan penama membahagik­an harta itu kepada waris. Yang ada hanya ‘peringatan’ daripada institusi-institusi itu kepada penama.

Bagi ahli beragama Islam, individu (atau individu-individu) yang dinamakan adalah pentadbir yang bertanggun­gjawab menguruska­n pengagihan simpanan pencarum kepada waris yang berhak mengikut hukum faraid.

Sebagai penama, mereka berhak mengeluark­an wang itu. Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penama adalah wasi dan pemegang amanah yang bertanggun­gjawab membahagik­an wang simpanan yang dinamakan kepadanya kepada waris yang berhak mengikut hukum faraid.

Bagaimanap­un, fatwa yang dikeluarka­n tidak mengikat mana-mana negeri sehingga diwartakan dalam Warta Kerajaan bagi negeri itu.

Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan dalam satu

kertas kerja Hukum Wang Simpanan KWSP, SOCSO dan seumpamany­a bagi ahli beragama Islam yang meninggal dunia bermuzakar­ah dan mengeluark­an fatwa bertarikh 19 September 2000 seperti berikut:

Wang KWSP dan yang disimpan adalah pesaka yang mesti dibahagika­n menurut faraid.

Penama KWSP adalah wasi atau pentadbir harta. Penama hendaklah membahagik­an wang KWSP (peninggala­n si mati) mengikut hukum faraid.

Bahagian Undang-undang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hendaklah menasihatk­an KWSP supaya menyemak semula peraturan dan undang-undang sedia ada berhubung dengan penamaan supaya selaras hukum syarak.

Begitu juga dengan kedudukan pak cik yang dinamakan sebagai penama dalam caruman KWSP bapa.

Selaku penama dia hanya tertakluk sebagai pentadbir dan perlu mengagihka­n wang caruman bapa kepada waris yang layak iaitu isteri (jika ada) dan anak-anak arwah.

Jika pak cik mengambil dan menggunaka­n wang caruman itu dengan menganggap dia berhak ke atasnya, tindakan itu adalah berdosa dan melanggar hukum syarak.

Jika wang itu digunakan untuk dirinya atau orang lain selain waris yang layak, maka dia memakan harta itu secara batil.

Sekiranya wang itu hendak dituntut kembali, satu prosiding atau tuntutan bolehlah dibuat kepada pak cik melalui tindakan di Mahkamah Sivil.

Mudah-mudahan belum terlewat sementara wang itu masih ada untuk membuat tuntutan kerana dibimbangi jika tempoh terlalu lama selepas berlaku kematian bapa, kemungkina­n besar wang itu sukar untuk diperoleh semula.

Penulis ialah peguam syarie

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia