Harian Metro

Patuhi pekeliling guna buku kerja sekolah

-

Putrajaya: Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan semua guru besar dan guru perlu mematuhi pekeliling penggunaan buku kerja di sekolah rendah bagi mengelakka­n bebanan kepada murid.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Chong Sin Woon berkata, pihaknya mengeluark­an 12 pekeliling berkaitan perkara itu sejak tahun lalu, namun masih ada beberapa sekolah tidak mematuhi pekeliling berkenaan.

“Pekeliling ini dikeluarka­n sebagai garis panduan mengenai penggunaan buku kerja dan ia perlu dipatuhi semua sekolah rendah seluruh negara.

“Saya meminta kementeria­n melaksanak­an perkara itu dengan teliti mulai 2018. Oleh itu, mana-mana sekolah yang ingkar atau tidak mematuhi pekeliling ini boleh dikenakan tindakan tata tertib,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Chong berkata, penggunaan buku kerja hanya membabitka­n murid tahap dua (tahun empat hingga enam) dan hanya satu judul buku kerja saja dibenarkan untuk setiap murid bagi mata pelajaran teras iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Tamil, Matematik dan Sains.

“Pemilihan buku kerja ini dilakukan oleh panitia mata pelajaran sekolah masing-masing berdasarka­n kepada keperluan murid dan kesesuaian isi kandungan; mutu dan harga, namun ibu bapa masih boleh memilih untuk tidak membeli.

“Malah, guru juga tidak boleh menggunaka­n sepenuhnya buku kerja semasa waktu mengajar di dalam kelas, sebaliknya hanya boleh digunakan sebagai sumber latihan selepas guru mengajar konsep dan kemahiran kepada murid,” katanya.

Beliau berkata, harga buku kerja yang dipilih perlu berpatutan dan tidak membebanka­n ibu bapa, malah perkara itu juga perlu dimaklumka­n kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Menurutnya, isu terlalu banyak buku kerja sudah lama wujud dan ia menjadi isu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Katanya, kementeria­n juga mendapati perkara itu tidak sesuai dengan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia