Harian Metro

Sebulan hasilkan serunding rebung

-

Tempoh sebulan diambil empat pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Semambu, untuk menghasilk­an serunding rebung yang muncul juara keseluruha­n produk baru pada Karnival

Halal 2017 di pekarangan Dewan Sri Mahkota POLISAS, baru-baru ini.

Tempat kedua berpihak kepada produk gummi kurma madu dan ketiga, keropok hampas kelapa.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan Pengarah POLISAS Norlida Abd Razak.

Pelajar Nurul Ain Zulkifli, 20, berkata, mereka mengambil masa sebulan menghasilk­an serunding rebung daripada rebung buluh madu yang melalui beberapa proses.

Produk itu perlu menjalani empat peringkat proses seperti menghiris, merebus dan menumis bersama santan sehingga kering sebelum disejukkan secara semula jadi.

Katanya, kelebihan serunding rebung adalah kandungan protein dan serat yang tinggi selain mudah disediakan dan tidak memerlukan perbelanja­an besar untuk menyediaka­nnya.

“Sebelum menghasilk­an produk serunding rebung saya mendapatka­n nasihat beberapa tukang masak tradisiona­l termasuk emak di kampung yang memiliki kepakaran membuat serunding daging,” katanya.

Sebanyak 16 produk baru dihasilkan pelajar Jabatan Teknologi Makanan POLISAS dipamerkan untuk menentukan produk terbaik bagi melayakkan penyelidik menerima hadiah seterusnya mewakili POLISAS ke pertanding­an peringkat kebangsaan.

Nurul Ain berkata, kerjasama bersama tiga pelajar lain iaitu Nurulshami­mi Sahira Muhd Yunus, 20, Nurshahira­h Nurudin,

20, dan Nurhidayah Nor Azman, 20.

Projek Memperkasa Kemahiran Abad ke-21 Pelajar Melalui (AR) membolehka­n pensyarah kanan Jabatan Inovasi Pembelajar­an dan Pengajaran Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Fariza Khalid dinobatkan sebagai juara Hari Inovasi 2017 Fakulti Pendidikan UKM bagi kategori e-Inovasi Penyelidik­an (Pensyarah Fakulti Pendidikan).

Beliau menerapkan AR dalam kajian terhadap pelajar bagi meningkatk­an pemikiran kreatif dan inovatif yang seterusnya memberi keberkesan­an terhadap nilai aktiviti yang mewujudkan pemikiran kritis dan kritikal pelajar.

Dr Fariza berkata, hasrat di sebalik projek AR untuk pelajarnya bagi meningkatk­an kemahiran abad ke-21 yang meliputi 4C (komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal).

“Kemahiran ini adalah asas yang boleh membantu penghasila­n kualiti pelajar dengan lebih baik, bukan setakat pencapaian akademik berteraska­n skor dalam peperiksaa­n semata-mata.

“Pelajar diminta untuk hasilkan sendiri bahan AR yang membolehka­n pelajar untuk menentukan hala tuju pembelajar­an mereka sendiri dan bukan sekadar bergantung kepada bahan yang

 ??  ?? PELAJAR POLISAS menghasilk­an serunding rebung muncul juara produk baru pada Karnival Halal 2017.
PELAJAR POLISAS menghasilk­an serunding rebung muncul juara produk baru pada Karnival Halal 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia