Harian Metro

Setuju mula hidup baru di RSK Cheng

-

Jasin: Kesempitan hidup Hassan Yahya, 70, yang berteduh di rumah usang berakhir selepas dia setuju memulakan hidup baru di rumah jagaan orang tua, Rumah Seri Kenangan (RSK), Cheng.

Semalam kisah warga emas itu turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim Datuk Ghazale Mohamad yang turun padang melihat keadaannya dan memujuknya berpindah ke RSK Cheng.

Pada mulanya warga emas itu keberatan meninggalk­an rumah usang berkenaan, namun dia setuju berpindah ke RSK Cheng selepas dipujuk oleh seorang jiran tinggal berhampira­n.

Ghazale berkata, pihaknya sedar mengenai keadaan kediaman warga emas berkenaan yang tidak selamat diduduki dan pernah tampil dengan cadangan untuk membaikiny­a, tetapi terbantut kerana perlu mendapat keizinan daripada adik Hassan, iaitu pemilik asalnya.

“Kerana risaukan keadaan Hassan yang tinggal seorang diri di rumah ini saya bersama pegawai Jabatan

Kebajikan Masyarakat (JKM) ambil keputusan untuk pujuk dia pindah ke RSK Cheng.

“Saya harap kehidupan Hassan selepas ini lebih terurus, keperluan hariannya terjaga dan tahap kesihatann­ya juga dipantau oleh kakitangan RSK Cheng,” katanya ketika ditemui selepas memujuk Hassan untuk ke RSK Cheng, di Chabau, di sini, semalam.

Difahamkan Hassan, pernah bekerja di sebuah syarikat perkapalan dia tinggal seorang diri di rumah usang berkenaan selepas berpisah dengan isteri, namun anak lelaki tunggalnya kerap pulang untuk menziarah dan bertanya khabar warga emas itu.

 ??  ?? HASSAN menunjukka­n keadaan rumah didiaminya yang semakin uzur di Kampung Chabau, Jasin.
HASSAN menunjukka­n keadaan rumah didiaminya yang semakin uzur di Kampung Chabau, Jasin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia