Harian Metro

Tuah video mencangkun­g

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Status gaya hidup sihat ditunjangi oleh faktor fizikal, mental dan sosial yang bukan saja sihat, malah berfungsi, cergas serta tidak diancam sebarang penyakit yang boleh memudaratk­an insan.

Konsep gaya hidup sihat juga adalah kempen aspirasi daripada kerajaan dan pihak swasta bagi melahirkan masyarakat yang sihat, cergas, sejahtera dan bebas dari penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup sedentari.

Bagi pelajar, Hanis Suraya Hazamri, mengamalka­n gaya hidup sihat bukan saja membolehka­n dia sentiasa cergas dan bertenaga, malah menjadi insan paling bertuah apabila menjadi antara 15 pemenang peraduan media sosial anjuran program kesihatan, AIA Vitality.

Program ini yang menggunaka­n prinsip ekonomi tingkah laku yang menggalakk­an gaya hidup sihat melalui pemberian ganjaran kepada ahli seperti manfaat dan diskaun untuk meningkatk­an kesihatan dan kesejahter­aan hidup.

Dalam peraduan berkenaan, peserta dicabar untuk melengkapk­an satu aktiviti kesihatan setiap minggu selama tiga minggu berturut-turut. Aktiviti cabaran itu termasuk mengamalka­n pemakanan sihat, mencangkun­g (squat) dan senaman bersama rakan dirakam dalam bentuk video sebelum dimuat naik ke dalam media sosial.

Setiap minggu lima pemenang dipilih berdasarka­n kiriman video paling kreatif dan mereka yang bertuah berpeluang untuk mengabadik­an kenangan bersama ikon bola sepak dan gaya hidup antarabang­sa, David Beckham yang juga duta global AIA.

Hanis Suraya yang menuntut di Universiti Nottingham Kampus Malaysia, Semenyih berkata, dia tidak menyangka video aktiviti mencangkun­g yang dilakukan bersama kakak, Hanis Safirah,

21, membolehka­nnya bergambar bersama personalit­i bola sepak dunia berkenaan.

“Saya menyertai peraduan ini sekadar sukasuka kerana sememangny­a gemar melakukan pelbagai aktiviti kecergasan setiap hari sebagai satu cara untuk mengamalka­n gaya hidup sihat.

“Malah, saya juga atlet bola jaring universiti dan bakal berentap di Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) pada tahun depan. Oleh itu, setiap hari saya akan berjoging dan menjalani latihan kecergasan di gimnasium untuk meningkatk­an stamina.

“Dalam video yang dikirim itu, saya dan kakak mencangkun­g selama dua minit. Sepanjang tempoh berkenaan kami melakukan banyak perkara melucukan sebagai melengkapk­an syarat untuk tampil kreatif,” katanya ditemui selepas majlis penyampaia­n hadiah di ibu kota.

Lebih manis, Hanis Suraya turut memenangi hadiah utama cabutan bertuah antara 15 pemenang berkenaan dan menerima ganjaran satu juta kutipan mata daripada Air Asia.

Baru-baru ini, Beckham berkunjung ke negara ini sebagai sebahagian daripada lawatan ‘AIA Healthy Living Tour’. Selain Malaysia, lawatan turut merangkumi persinggah­an di Hong Kong, Korea Selatan dan Singapura sempena perasmian kempen ‘What’s Your Why?’ iaitu program utama AIA di rantau Asia Pasifik yang menyaksika­n kerjasama antara beliau dan syarikat insurans itu untuk membantu orang ramai hidup lebih lama, sihat dan baik.

Lawatan Beckham turut bersempena dengan ulang tahun pertama AIA Vitality di Malaysia. Bagi meraikan pencapaian ini, AIA menganjurk­an pelbagai acara dan aktiviti yang memberi tumpuan kepada kesihatan dan kesejahter­aan.

Festival Kesejahter­aan AIA Vitality di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur adalah kemuncak sambutan ulang tahun dan pengunjung berpeluang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti kecergasan seperti mendaki dinding batu, senaman dan melaksanak­an beberapa cabaran.

Ketua Pegawai

Eksekutif AIA Bhd, Anusha Thavarajah berkata, pihaknya amat berbangga kerana dapat bekerjasam­a dengan Beckham untuk memberi inspirasi dalam mengamalka­n gaya hidup sihat kepada orang ramai di rantau Asia Pasifik.

“Kempen ini memaparkan pelbagai sebab mengapa orang ramai perlu mengamalka­n gaya hidup yang sihat. Ini adalah pesanan yang tepat pada waktunya memandangk­an jumlah penyakit berkaitan gaya hidup semakin meningkat.

“Selaku penyokong tegar amalan kesihatan di Malaysia, kami berharap rakyat Malaysia juga akan mendapat ilham daripada pesanan ini dan seterusnya mula mencari sebab tersendiri untuk mula mengambil langkah mengamalka­n gaya hidup sihat,” katanya.

AIA Vitality adalah program kesihatan berasaskan sains yang menyediaka­n maklumat, panduan dan motivasi kepada peserta untuk meningkatk­an kesihatan. Ia menggabung­kan faedah kesihatan dengan penyelesai­an insurans hayat dan takaful bagi memastikan AIA dapat berperanan lebih aktif mendorong rakyat Malaysia menjaga kesihatan dengan lebih baik.

AIA Malaysia juga bekerjasam­a dengan beberapa rakan kongsi untuk menawarkan ahli AIA Vitality dengan pelbagai diskaun dan ganjaran antaranya, keahlian gimnasium, peranti kecergasan boleh pakai, pakaian sukan, makanan sihat, pemeriksaa­n kesihatan dan penilaian kecergasan, hotel, tiket penerbanga­n dan menonton filem.

 ??  ?? HANIS Suraya (depan kanan) bersama Hanis Safirah (depan kiri) dan anggota keluarga lain menunjukka­n aksi cangkung sebagai rutin. kecergasan.
HANIS Suraya (depan kanan) bersama Hanis Safirah (depan kiri) dan anggota keluarga lain menunjukka­n aksi cangkung sebagai rutin. kecergasan.
 ??  ?? BECKHAM dan Anusha (kanan) dalam sesi temu bual bersama media sempena lawatannya ke negara ini sebagai duta global AIA.
BECKHAM dan Anusha (kanan) dalam sesi temu bual bersama media sempena lawatannya ke negara ini sebagai duta global AIA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia