Harian Metro

‘Biar mereka terima balasan’

SUSULAN DUA ANGGOTA TLDM DIDERA

-

Ipoh: “Harap kematian suami saya dapat keadilan sewajarnya,” kata Noor Bazlin Mohammad, 28, isteri Laskar Kelas 1, Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28.

Allahyarha­m Nik Muhammad Baihaqy seorang daripada dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang meninggal dunia ketika berada dalam Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan pada 29 September lalu, dipercayai akibat didera.

Dalam kejadian itu seorang lagi anggota TLDM yang dipercayai didera hingga meninggal dunia adalah Laskar Kelas 1, Muhammad Lailatulma­n Mohd Sukri, 26, apabila hasil bedah siasat mendapati punca kematian kedua-dua mangsa akibat pendarahan paru-paru.

Noor Bazlin berkata demikian ketika dimaklumka­n mengenai suspek kes kematian suaminya dijangka didakwa di Mahkamah Seri Manjung hari ini selepas tamat tempoh reman 14 hari.

“Kejadian itu mengakibat­kan anak saya yang masih kecil kehilangan bapa dan jika benar terbukti mereka bersalah (suspek), saya berharap mereka menerima hukuman setimpal.

“Sukar bagi saya memaafkan tindakan mereka jika terbukti bersalah kelak,” katanya, semalam.

Menurutnya, dia kini masih bercuti susulan kejadian itu dan ketika ini berada di kampung di Kelantan.

“Kami sekeluarga masih bersedih dan merasa kehilangan terutama anak saya Nik Adam Mikhail, 4, Nik Aisya Azzahra, 2 dan Nik Anas Naufal, 10 bulan.

“Anak sulung sering bertanya abahnya dan menangis setiap kali melihat gambar arwah di telefon bimbit.

“Jumaat lalu, Nik Adam turut menangis di kubur arwah ketika kami menziarah dan mengatakan mahu ke kubur abahnya lagi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee dalam satu kenyataan, di sini, semalam memaklumka­n suspek yang disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan (KK) berhubung kematian dua anggota TLDM di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan didakwa esok.

“Kes Seksyen 302, KK anggota TLDM, suspek dituduh di Mahkamah Seri Manjung esok 13 Oktober (hari ini) jam 9 pagi,” katanya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sebelum ini dilaporkan berkata, tujuh suspek membabitka­n anggota TLDM yang juga bertugas di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi ditahan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, empat daripada tujuh suspek terbabit turut direman bagi membantu siasatan kes dua anggota TLDM yang dipercayai turut didera dan cedera ketika berada di pusat tahanan sama.

“Kejadian itu mengakibat­kan anak saya kehilangan bapa dan jika benar terbukti mereka bersalah (suspek), saya berharap

mereka menerima hukuman setimpal

Noor Bazlin Mohammad

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia