Harian Metro

Penyangak cangkung dinihari

 Mangsa kongsi status di FB rumah dipecah masuk penjenayah awal pagi

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

“Abah sedar jam 3 pagi tadi ketika penyangak menyangkun­g di sebelah abang,” kata keluarga mangsa pecah rumah yang berkongsi status kejadian rumahnya di FELDA Lenggiu, di sini, dipecah masuk penjenayah, awal pagi semalam.

Tanpa memberikan sebarang butiran peribadi, status berkenaan mendakwa tiga rumah di kawasan berkenaan menjadi mangsa pecah rumah mengakibat­kan kehilangan pelbagai barangan berharga termasuk telefon bimbit dan wang tunai.

“Just nak share (sekadar mahu berkongsi), rumah kena pecah masuk, telefon bimbit semua kena rembat (curi), duit, namun tiada kecederaan.

“Selain rumah kat blok 17, sebuah lagi rumah di blok 16 pun kena pecah masuk jugak, (penghuni) hilang beg,” katanya berkongsi maklumat berkenaan di laman sosial Facebook Orang Kota Tinggi, petang semalam.

Mengulas lanjut katanya, modus operandi dilakukan penjenayah berkenaan didakwa sama dengan kejadian pernah berlaku sebelum ini.

Maklumat berkenaan turut berkongsi empat gambar mengenai perbuatan penjenayah berkenaan memasuki rumah dengan mengumpil tingkap menerusi bahagian dapur.

Pemerhatia­n mendapati, besi tingkap nako dalam keadaan uzur dan patah, tiga kuali diletak di luar rumah, cermin tingkap ditanggalk­an serta gambar terakhir besi cermin nako ditemui dilemparka­n di luar rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superinten­dan Ahsmon Bajah ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan berhubung kejadian pecah rumah di FELDA Lenggiu, semalam.

Hasil siasatan anggota dan pegawai Balai Polis Bandar Tenggara mendapati, kejadian dipercayai berlaku jam 3 pagi ketika semua penghuni nyenyak tidur.

“Kami menjalanka­n siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan jika sabit kesalahan seseorang itu boleh dipenjara sehingga 14 tahun,” katanya.

Kejadian dipercayai berlaku jam 3 pagi

ketika semua penghuni nyenyak

tidur

Ahsmon

 ??  ?? GAMBAR dikongsi mangsa di FB keadaan rumah yang dipecah masuk penjenayah di FELDA Lenggiu, semalam.
GAMBAR dikongsi mangsa di FB keadaan rumah yang dipecah masuk penjenayah di FELDA Lenggiu, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia