Harian Metro

AJAL DATANG LEBIH DULU

- Khairul Najib Asarulah Khan am@hmetro.com.my

Lelaki maut dalam perjalanan pulang

lepas selesai persiapan kahwin

“Segala persiapan perkahwina­n sudah siap. Tanpa diduga, Allah lebih menyayangi­nya,” kata salah seorang ahli keluarga mangsa nahas yang enggan dikenali.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam semalam, Aliff Ashraf Rosli, 24, maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitka­n lima kenderaan di Kilometer 269.7, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, berhampira­n hentian Rehat dan Rawat Seremban, Nilai.

Mangsa maut di lokasi kejadian selepas parah di kepala dan anggota badan.

Katanya ahli keluargany­a, Aliff bakal mendirikan rumah tangga awal Disember ini bersama pasangan pilihannya Nurul Syaza Rosli, 24.

Dia yang bekerja sebagai jurutera teknologi maklumat di Cyberjaya sebelum itu, bercuti tiga hari untuk menguruska­n persiapan akhir perkahwina­nnya.

“Semalam (kelmarin) dia keluar dari rumah bakal bapa mentuanya di Tampoi, Johor pada jam 9 malam untuk pulang ke rumahnya di Putrajaya kerana kembali bekerja hari ini (semalam).

“Saya tidak sangka itu kali terakhir saya bertemu dengannya sebelum nahas,” katanya.

Difahamkan, kemalangan berlaku ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebelum Proton Iswara dipandu dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) dari arah belakang.

Timbalan Ketua Polis Nilai Deputi Superinten­dan Azrul Hisham Mohd Shaffie berkata, akibat kejadian itu, kereta mangsa hilang kawalan dan melanggar kereta lain.

“Kereta mangsa terbabas dan masuk ke laluan paling kiri sebelum dirempuh treler di lorong itu,” katanya.

Azrul Hisham berkata, akibat kejadian kereta mangsa remuk di bahagian hadapan dan belakang.

“Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkut­an Jalan,” katanya.

Sementara itu, salah seorang saksi yang juga mangsa kemalangan dikenali sebagai Eng, 20 berkata, sebelum kejadian dia bersama rakan yang memandu kereta dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur untuk berjumpa rakannya.

“Sebaik tiba di lokasi, saya terkejut apabila mendapati kereta di hadapan membrek secara mengejut. Rakan memandu kereta terus mengelak ke kiri sebelum merempuh kereta lain.

“Apabila keluar dari kereta, kami terkejut dan mendapati Proton Iswara Aeroback remuk selain ada mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

“Kami bersama pengguna lebuh raya cuba membantu mengeluark­an mangsa yang ketika itu dalam keadaan tidak sedarkan diri namun gagal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 Md Munawir Md Yusof berkata, sebuah jentera bersama tujuh anggota dikerah ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 12.44 tengah malam.

 ?? KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN ?? KEADAAN kereta mangsa yang remuk selepas kemalangan.
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa.
KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN KEADAAN kereta mangsa yang remuk selepas kemalangan. ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia