Harian Metro

GERMAN ALBERTO DICARI

- Fuad Hadinata Yaacob hadinata@hmetro.com.my

Lelaki Amerika Latin pecah masuk rumah ketika waktu solat diburu

Melakukan jenayah ketika waktu solat. Itu taktik atau modus operandi penjenayah Geng Latin yang kini diburu polis selepas terbabit dalam beberapa kes jenayah pecah rumah di sekitar daerah ini sejak enam bulan lalu.

Penjenayah terbabit didapati memecah masuk rumah mangsa khususnya umat Islam ketika mangsa menunaikan solat.

Dalam kejadian 6 Oktober lalu, dua penjenayah terbabit cuba mengumpil pintu sebuah rumah di Seksyen 13, di sini, jam 7.15 malam.

Bagaimanap­un, tindakan itu disedari pemilik rumah yang menghubung­i polis untuk meminta bantuan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, pasukan peronda polis yang ke rumah berkenaan terserempa­k dua suspek namun mereka sempat melarikan diri dengan menaiki kereta Honda Accord putih.

Beliau berkata, kereta peronda polis mengejar kenderaan penjenayah yang berhenti di persimpang­an berhampira­n Seksyen 13 sebelum kedua-dua suspek melarikan diri ke hutan berhampira­n.

Menurutnya, usaha menjejaki suspek di dalam kawasan hutan itu tidak berjaya namun kedua-dua suspek diberkas ketika menaiki teksi sejam kemudian.

“Ketika anggota mendekati suspek, mereka bertindak kasar dengan menendang pintu kereta menyebabka­n seorang anggota polis cedera ringan dan suspek melarikan diri.

“Namun kami menemui pasport mereka di dalam teksi berkenaan dan siasatan membawa kepada penemuan sebuah rumah di Cyberjaya yang dijadikan stor untuk menyimpan pelbagai barangan curi.

“Pelbagai kasut, beg dan jam tangan berjenama selain wang tunai tempatan dan asing ditemui dalam rumah tidak penghuni itu ketika serbuan dilakukan 9 Oktober lalu,” katanya sambil menyatakan rampasan berkenaan dianggarka­n bernilai RM250,000.

Menurutnya, barangan hasil curi itu dipercayai dibungkus sebelum dihantar ke Columbia.

Shafien berkata, polis kini memburu lelaki Colombia dikenali sebagai German Alberto dan rakannya masing-masing berusia 20-an.

Beliau berkata, siasatan mendapati plat palsu kereta sewa digunakan suspek adalah nombor plat van jenazah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen 1959/1963.

 ?? FOTO: ROSLIN MAT TAHIR ?? PASPORT palsu warga Colombia yang dicari bagi membantu siasatan kes pecah rumah.
FOTO: ROSLIN MAT TAHIR PASPORT palsu warga Colombia yang dicari bagi membantu siasatan kes pecah rumah.
 ??  ?? SHAFIEN (tengah) menunjukka­n barangan yang dirampas dalam kes pecah rumah di IPD Shah Alam, semalam.
SHAFIEN (tengah) menunjukka­n barangan yang dirampas dalam kes pecah rumah di IPD Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia