Harian Metro

BELUM BOLEH LEPAS BOY IMAN

- Dziyaul Afnan Abdul Rahman am@hmetro.com.my

Kangar

Pengarah Urusan DBI Properties Datuk Nuruliman A Rahman atau Boy Iman dan tiga pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources direman dua hari bermula semalam bagi membantu siasatan membabitka­n penipuan jualan rumah berjumlah RM6.2 juta.

Perintah reman dikeluarka­n oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar Monica Joseph Gaisah di Mahkamah Majistret, di sini, mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Beliau membenarka­n Nuruliman yang juga pelakon berusia 37 tahun serta tiga pengarah syarikat Juta Kelulut

Global Resources

Pelakon, tiga pengarah Juta Kelulut

Global Resources disambung reman dua

hari lagi

termasuk seorang wanita berusia antara 30 tahun dan 45 tahun direman bermula semalam hingga hari ini.

Terdahulu, keempat-empat suspek tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kangar, jam 9.47 pagi dengan berpakaian lokap.

Nuruliman diwakili peguam Rosman Azwan Osman manakala tiga lagi suspek diwakili Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim.

Ini kali keenam mereka direman selepas direman di Ampang, Shah Alam, Selangor; Muar, Johor; Sungai Petani dan Kubang Pasu, Kedah.

Siasatan dijalankan polis susulan penipuan jualan rumah yang didakwa dilakukan DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources yang turut membabitka­n mangsa di Negeri Sembilan, Johor, Kedah dan Selangor.

Nuruliman ditahan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang pada 2 Oktober lalu kerana disyaki terbabit dalam penipuan jualan rumah.

Sehingga kini, 210 laporan berhubung penipuan skim perumahan DBI Properties diterima polis daripada mangsa di seluruh negara dan difahamkan enam daripadany­a di Perlis.

 ??  ?? BOY Iman menunduk daripada wajahnya dirakam jurugambar.
BOY Iman menunduk daripada wajahnya dirakam jurugambar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia