Harian Metro

AMPAIAN BASIKAL

- Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my

Georgetown

“Saya lihat mulut serta telinganya berdarah dan lebih pilu apabila mendengar dia bernafas dengan kuat sambil menahan kesakitan,” kata pengawal keselamata­n yang hanya mahu dikenali sebagai Prasad, 24.

Prasad yang juga pengawal keselamata­n warga Nepal antara individu turut berada di tempat kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terjatuh dari tingkat lima Flat Desa Relau 1, di sini, tengah hari semalam.

Menurutnya, dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, dia pada mulanya tidak mengetahui ada kanak-kanak terjatuh sebelum diberitahu seorang wanita warga Indonesia yang juga tukang cuci di flat berkenaan.

“Tidak lama selepas itu orang ramai mula memenuhi lokasi kejadian dan mereka menghubung­i ambulans sebelum mangsa dibawa ke hospital.

“Saya dimaklumka­n kanak-kanak berkenaan terjatuh melalui tingkap rumahnya dan ada beberapa jiran memberitah­u dia cuba mengambil basikal yang diletakkan di ampaian,” katanya.

Menurutnya, dia dimaklumka­n ketika itu kanak-kanak terbabit berada di dalam rumah seorang diri dan ketika jatuh, tiada ahli keluarga yang berada di lokasi kejadian.

“Saya tidak melihat ada ahli keluarga di sisinya ketika dia terjatuh dalam keadaan tertiarap kerana ambulans membawanya dengan cepat untuk mendapatka­n rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP),” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superinten­dan Izwan Abd Karim berkata, pihaknya masih menjalanka­n siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kanak-kanak terbabit terjatuh.

Beliau berkata, polis hanya dimalumkan kejadian itu selepas dua jam berlaku dan pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.

“Berdasarka­n siasatan, ibu mangsa keluar dari rumah jam 1.20 tengah hari dengan kereta untuk mengambil seorang anaknya berusia enam tahun di tadika di Sungai Ara dan mangsa ditinggalk­an sendirian kerana sedang tidur di bilik utama manakala pintu bilik tidak berkunci.

“Ibu mangsa memberitah­u mangsa seorang budak yang hiperaktif dan suka menyembuny­ikan barang mainan miliknya dari kakak dan abang. Jiran mangsa menghubung­i ibu mangsa untuk memaklumka­n kejadian itu jam 1.35 tengah hari.

“Berdasarka­n gambar yang diperoleh, terdapat basikal tergantung pada balkoni dipercayai mangsa cuba buang basikal ke bawah selepas membuka jeriji tingkap, tetapi basikal itu tersangkut pada ampaian baju dan mangsa cuba memanjat tingkap sebelum terjatuh,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP dan keadaannya dilaporkan kritikal apabila retak tengkorak kepala sebelah kanan hadapan, patah kedua-dua tulang rusuk serta pendarahan dalam perut.

Menurutnya, doktor menjangkak­an terdapat bahagian lain yang patah dan akan melakukan imbasan serta pembedahan dalam masa terdekat.

Katanya, ibu mangsa tidak bekerja manakala bapa mangsa bekerja sebagai pengawal keselamata­n di Singapura dan kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu kesalahan kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan sepatutnya.

Budak lima tahun ditemui

muka berlumuran darah jatuh dari tingkat

lima flat

 ??  ?? PASUKAN paramedik memberi bantuan kecemasan kepada mangsa.
PASUKAN paramedik memberi bantuan kecemasan kepada mangsa.
 ??  ?? BASIKAL yang cuba diambil mangsa sebelum memanjat tingkap dan terjatuh dari tingkat lima.
BASIKAL yang cuba diambil mangsa sebelum memanjat tingkap dan terjatuh dari tingkat lima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia