Harian Metro

‘STESEN’ MISI BALAS DENDAM

- Kalidevi Mogan Kumarappa dan Mohd Azam Shah Yaacob am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur

Malaysia menjadi pengkalan operasi (FTF) atau militan asing untuk melancarka­n serangan ke atas negara ketiga.

Itu antara misi 45 warga asing FTF berasal dari Iraq, Syria, Albania dan negara lain menyusup masuk ke Malaysia sejak tahun lalu.

Bagaimanap­un, hasil risikan dan pertukaran maklumat, semua mereka ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Polis Bukit Aman dalam tempoh Januari hingga 6 Oktober tahun ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tindakan proaktif itu diambil berdasarka­n risikan anasir militan Daish daripada pelbagai negara yang sebelum ini beroperasi di Iraq dan Syria.

Katanya, tindakan itu dilakukan ahli kumpulan pengganas selepas mereka kehilangan sebahagian besar kawasan yang dikuasai Daish di dua negara itu.

“Mereka diarah menyusup masuk ke negara lain di seluruh dunia untuk melancarka­n serangan bagi pihak Daish.

“Mereka didapati bergabung dengan kumpulan Daish di rantau Asia Tenggara atau Abu Sayyaf

(ASG) dan Jamaatul Mujahideen dalam usaha melancarka­n serangan di Malaysia.

“Hasilnya 45 militan FTF termasuk sembilan terbabit dalam ASG, tiga ahli Fetullah Turki (kumpulan yang disenaraik­an sebagai kumpulan pengganas oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), seorang ahli pengganas Albania yang mempunyai hubungan dengan

Daish serta 31 individu pelbagai kewarganeg­araan yang terbabit dalam Daish berjaya ditahan.

“Daripada jumlah itu, tiga daripadany­a rakyat Iraq yang memainkan peranan sebagai Komander Daish di Selatan Iraq,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, 13 individu ditahan dituduh di mahkamah mengikut Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas ) 2012 dan 12 diusir pulang ke negara asal.

“Seorang ditahan mengikut Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA), tujuh dibebaskan manakala 12 lagi masih disiasat,” kataanya.

Beliau berkata, ahli kumpulan ASG memasuki negara ini disyaki merancang melancarka­n serangan manakala anasir FTF menyusup ke Malaysia untuk berlindung, mengumpul dana atau menjadikan negara ini sebagai pangkalan operasi sebelum menyerang negara ketiga.

Katanya, kejayaan itu hasil kerjasama dan pertukaran maklumat dengan agensi perisikan dan penguatkua­sa asing.

“PDRM akan terus memantau anasir FTF dan usaha ini bukan sesuatu yang mudah kerana memerlukan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan dan asing.

“Sekiranya ancaman ini tidak dibendung dengan efektif, ia akan mengganggu ketenteram­an awam di

Malaysia,” katanya.

 45 militan asing jadikan Malaysia pangkalan operasi sebelum lancar serangan ke negara ketiga

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia