Harian Metro

Pelajar sekolah mahir buat bom

-

Masih bersekolah namun sudah memiliki kemahiran untuk membuat bom serta mencipta bahan letupan.

Perkara ini didedahkan susulan penahanan beberapa individu termasuk pelajar sekolah di beberapa lokasi di Kelantan, sejak Selasa lalu.

Beberapa individu yang ditahan itu dipercayai memiliki bahan letupan serta merancang untuk melakukan serangan di lokasi tertentu di negara ini.

Ketua Polis Negara Tan

Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahka­n tangkapan itu bagaimanap­un enggan mengulas lanjut.

“Memang ada tangkapan dibuat namun ia masih dalam siasatan.

“Terlalu awal untuk saya memberi kenyataan penuh berhubung tangkapan itu. Jadi, beri kami masa beberapa hari lagi untuk melengkapk­an siasatan,” katanya dalam sidang media ketika Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Pusat Latihan Polis Kuala

Lumpur (PULAPOL), semalam.

Sementara itu, Mohamad Fuzi menjelaska­n bahawa PDRM menerima 27 laporan polis membantah Perhimpuna­n Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokras­i yang akan diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya hari ini.

Katanya, biarpun pihaknya dimaklumka­n bahawa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sudah memberi kebenaran kepada penganjur, namun pihaknya tetap tidak bersetuju ia dibuat di situ.

“Kami tegas dengan keputusan ini kerana perhimpuna­n itu pasti akan mengganggu aliran trafik, sekali gus menyusahka­n orang ramai.

“Sebelum ini kami maklumkan perhimpuna­n itu diadakan di tempat lain iaitu di Stadium Kelana Jaya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia