Harian Metro

Pernah dinoda 10 kali

-

Kuala Lumpur: Pernah dirogol lebih 10 kali. Itu nasib remaja berusia 14 tahun yang mahu dikenali sebagai Zafirah.

Dia antara yang ditahan Skuad 42 bersama teman lelakinya yang menunggang motosikal tanpa lesen dan cukai jalan, malah melarikan diri ketika didekati sebelum ditahan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) pada 2.30 pagi, baru-baru ini.

Menurut Zafirah, dia berhenti sekolah sejak dua tahun lalu kerana masalah kewangan.

“Ayah saya bekerja sebagai pengawal keselamata­n, ibu pula tukang cuci pinggan di warung yang gajinya RM50 sehari.

“Ibu selalu merungut tidak cukup duit menyebabka­n saya berhenti sekolah selepas tamat tahun 6,” kata anak kedua daripada empat beradik itu.

Menurutnya, dia lari dari rumah sejak tiga bulan lalu kerana tidak tahan sering dimarah ibunya.

“Ibu selalu marah. Dia selalu jerit mengatakan saya bodoh dan pemalas.

“Ayah saya pula sibuk dengan kerja syif dan tidak sempat beri perhatian kepada kami adik beradik.

“Kadang-kala kami tidak makan di rumah,” katanya.

Dia yang tinggal di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) di pinggir ibu kota berkata, ibunya membenarka­n teman lelaki kakaknya untuk tinggal sebumbung kononnya demi keselamata­n.

“Sepanjang dua bulan lelaki itu tinggal bersama kami, saya sering dirogol. Kakak pula tidak tahu hal ini, saya takut.

“Hanya teman lelaki saya tempat saya mengadu menyebabka­n saya lari dari rumah sejak tiga bulan lalu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia