Harian Metro

Skuad 42 kekang gejala sosial remaja

-

Menggadai nyawa demi memastikan ketenteram­an awam terjamin selain mengekang gejala sosial dalam kalangan remaja.

Itu yang dilakukan Skuad Unit Risikan Operasi (Skuad 42) Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur yang diketuai Asisten Superinten­dan Ahmad Fuad Mahmod bersama dua pegawai dan 14 anggota.

Betapa tidak, setiap kali turun di jalanan risiko untuk mereka cedera dan terkorban tinggi kerana mat rempit tidak menghirauk­an keselamata­n diri apatah lagi orang lain sehingga sanggup melakukan apa saja untuk melepaskan diri.

Hanya berpakaian preman, tiada siapa tahu identiti skuad itu sehingga mereka menunjukka­n kad kuasa dan ketika itu, mat rempit akan cuba melarikan diri.

Bukan saja memburu samseng jalan raya, mereka juga berdepan dengan penjenayah yang memiliki senjata seperti parang dan pistol.

Setakat Ogos lalu, sebanyak 218 orang ditahan atas kesalahan menunggang secara melulu dan berbahaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia