Harian Metro

TAUBAT MIMPI DICABUT NYAWA

- Zulfa Mohamad am@hmetro.com.my

Peserta Seminar Peduli Isu LGBT kongsi kisah kembali

ke pangkal jalan sejak tiga tahun lalu

“Saya bertaubat selepas lebih berpuluh tahun terbabit dalam dunia pengkid apabila bermimpi Allah SWT mahu mencabut nyawa saya, tiga tahun lalu,” kata bekas pengkid, Rin, 42.

Rin yang juga peserta Seminar Peduli Isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgende­r (LGBT) di Hotel Seri Malaysia dekat sini, kelmarin berkata, mimpi itu adalah detik penting dalam hidupnya di mana dia kemudian mula berubah untuk menjalani kehidupan sebagai individu normal.

Rin terbabit dalam dunia pengkid sejak berusia 17 tahun, malah terus terbabit dengan gaya hidup itu sepanjang pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

“Saya turut mempunyai rakan pengkid dan terbabit dalam kegiatan ‘gay peng’ ketika berusia 20-an. saya juga pernah menjadi pelacur kelas atasan.

“Ketika itu, saya hanya mengejar keseronoka­n kerana memperoleh RM3,000 semalaman dengan menjadi pelacur kelas atasan,” katanya.

Justeru, dia sentiasa berdoa supaya kekal dengan kehidupann­ya kini dan enggan terbabit lagi dengan kehidupan lampau.

Bagi bekas mak nyah dikenali sebagai Lily, 43, diskrimina­si masyarakat terhadap golongan mak nyah ada kalanya menyebabka­n golongan berkenaan sukar kembali ke pangkal jalan.

Dia yang bergeluman­g dalam dunia mak nyah sejak berusia belasan tahun berkata, pandangan serong masyarakat menyebabka­n segelintir golongan mak nyah membatalka­n niat untuk mencari jalan pulang dan mendalami ajaran Islam.

“Ramai mak nyah di luar sana yang ingin kembali kepada ajaran Islam, tetapi pandangan sinis masyarakat menyebabka­n mereka membatalka­n hasrat berbuat demikian.

“Tapi saya ingin nasihati golongan mak nyah, jangan hiraukan apa orang kata kerana yang penting ialah mesti berani untuk kembali ke jalan Allah SWT,” katanya.

Rin dan Lily dijemput untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai isu LGBT anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Ihtimam Malaysia

(YIM) dengan pendakwah bebas yang juga Pembimbing Komuniti LGBT

Mohamed Hanafiah Abdul Malek selaku moderator.

Menceritak­an lebih lanjut mengenai pembabitan­nya dalam dunia mak nyah, Lily berkata, ia bermula selepas dia berkenalan dengan seorang mak nyah menyebabka­nnya terjerumus dengan kegiatan di ‘lorong gelap’ di ibu kota.

“Lebih 15 tahun terjerumus dalam dunia gelap, akhirnya saya berhijrah selepas mendapat bimbingan Persatuan Insaf Pahang (PIP) selain usaha dakwah JAKIM, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

“Untuk berhijrah, seseorang itu perlu melawan nafsu serta sabar dengan cemuhan masyarakat,” katanya yang mengerjaka­n umrah tahun lalu.

Sementara itu, Mohamed Hanafiah berkata, pihak yang menjalanka­n kerja dakwah tidak boleh gopoh dalam menjatuhi hukuman ke atas golongan LGBT sebaliknya mendekati golongan berkenaan agar mereka kembali ke pangkuan masyarakat.

 ??  ?? RIN (kiri) dan Lily hadir pada Seminar Peduli Isu LGBT di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas.
RIN (kiri) dan Lily hadir pada Seminar Peduli Isu LGBT di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas.
 ?? Mohamed Hanafiah ?? Pihak yang menjalanka­n kerja dakwah tidak boleh gopoh dalam menjatuhi hukuman ke atas golongan LGBT sebaliknya mendekati golongan berkenaan”
Mohamed Hanafiah Pihak yang menjalanka­n kerja dakwah tidak boleh gopoh dalam menjatuhi hukuman ke atas golongan LGBT sebaliknya mendekati golongan berkenaan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia