Harian Metro

Sebat dua kali cabul remaja

-

Seorang pencuci kereta warga India dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas didapati bersalah mencabul remaja perempuan yang tinggal di kawasan perumahann­ya, Ogos tahun lalu.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhka­n hukuman itu ke atas S Panneersel­vam, 36, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mengikut pertuduhan, Panneersel­vam didakwa menggunaka­n kekerasan jenayah terhadap mangsa berusia 12 tahun lima bulan, dengan niat hendak mencabul kehormatan­nya di tepi jalan berhadapan pasar mini 99 Speed Mart, Jalan UP 1/7, Ukay Perdana, Taman Ukay Perdana, di sini pada jam 9.20 malam, 16 Ogos 2017.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian mangsa seorang diri berjalan ke pasar mini 99 Speed Mart dan terjumpa tertuduh yang bertanyaka­n tujuan remaja itu dan dia memberitah­u tertuduh mahu ke pasar mini.

Ketika itu, tertuduh bertindak mengekori mangsa dan memeluk serta meraba mangsa dari belakang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia