Harian Metro

Batal saman Tony Pua

-

Mahkamah Tinggi di sini, semalam, membatalka­n saman oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung isu salah laku dan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Pesuruhjay­a Kehakiman Datin Faizah Jamaludin memutuskan bahawa Pua tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan saman itu.

Beliau memutuskan bahawa Pua sebagai plaintif tidak mempunyai sebarang kausa tindakan munasabah dan penyalahgu­naan proses mahkamah, selain plaintif gagal mengemukak­an butiran berhubung salah laku yang dibuat Najib.

Selain itu, Mahkamah Tinggi terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak boleh disaman kerana mereka bukan pegawai awam.

Mahkamah memerintah­kan Pua membayar kos RM10,000 kepada Najib dan kerajaan.

Najib diwakili peguam Tan Sri Cecil Abraham, Peguam Peguam Kanan Persekutua­n Alice Loke mewakili kerajaan manakala Pua diwakili peguam Gobind Singh

Deo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia