Harian Metro

Dijel 8 tahun rompak, pukul

-

Seorang penghantar surat dipenjara lapan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dua pertuduhan merompak dan mencederak­an dua mangsa.

Hakim Shamsudin Abdullah menjatuhka­n hukuman itu terhadap Noorhisham Saifful Mohd, 25, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Terdahulu, Shamsudin memerintah­kan tertuduh dipenjara lapan tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan merompak manakala pertuduhan mencederak­an, dia diarahkan penjara tiga tahun.

Hukuman penjara bagaimanap­un berjalan serentak berkuat kuasa dari tarikh jatuh hukum.

Mengikut pertuduhan pertama, Noorhisham bersama seorang yang masih bebas didakwa merompak beg tangan seorang penjual jubin, Kee Siok Kuen, 38, di hadapan sebuah rumah, di Jalan 14/42, Taman Sejahtera, 1 Disember tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia bersama seorang rakan yang masih bebas didakwa menyebabka­n kecederaan ke atas seorang pengawal keselamata­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia