Harian Metro

DULU MUSUH, KINI KAWAN

- Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my

Kota Bharu

Tiga tahun lalu, dia pernah diserang dan jari telunjukny­a digigit seekor kera sehingga bengkak dan terpaksa menerima rawatan.

Namun kini, kera sama yang menyerangn­ya dahulu yang dinamakan Puteh, menjadi sahabat paling baik dan setia.

Nor Azhar Ghazali, 38, berkata, dia tidak malu bersahabat dengan Puteh kerana haiwan peliharaan­nya itu membawa tuah kepadanya serta jinak.

“Puteh sahabat baik saya walaupun perkenalan kami membawa kepada tragedi yang tidak mungkin saya lupakan.

“Kejadian diserangny­a sangat menakutkan dan ia pertama kali berlaku dalam hidup saya,” katanya ketika ditemui di Dataran Muhammadi di sini.

Mengimbas kejadian pada 2014 itu, Nor Azhar berasal dari Kampung Machang di sini berkata, dia sedang mencari besi buruk berdekatan kawasan rumahnya ketika Puteh menyergah dan terus menyerangn­ya.

“Tiba-tiba saja dia sergah dan meluru laju ke arah saya hingga membuatkan saya panik.

“Puteh kemudian menerkam dan menggigit jari telujuk kanan saya. Gigitan kera jika tidak dikawal boleh mengundang bahaya.

“Dengan pengalaman yang ada, saya memegang kepalanya dan memeluknya sehingga ia berhenti menggigit,” katanya yang pernah membela beruk dan kera ketika zaman remaja.

Menurutnya, Puteh kemudian dibawa ke rumah untuk dibela dan haiwan itu berjaya dijinakkan dalam tempoh sebulan.

Katanya, sehingga kini, Puteh sangat jinak malah sukar dipisahkan dengannya.

“Empat tahun membelanya, saya menamakany­a Puteh dan ke mana saja saya pergi Puteh akan dibawa. Puteh bukan saja teman saya, tetapi penghibur terutama ketika mencari besi buruk,” katanya.

Nor Azhar berkata, disebabkan keletah jinak Puteh, ia sering menjadi tumpuan penduduk setempat dan pelancong ketika dia bersiar-siar terutama di sekitar Kota Bharu.

“Pernah seorang kenalan menawarkan RM1,800 untuk membeli Puteh tetapi saya tidak bersedia untuk menjualnya. Walaupun ada yang tawarkan sehingga RM10,000 pun, saya tidak akan jual Puteh,” katanya.

RM10,000 tidak mampu beli kasih sayang

seorang lelaki terhadap seekor kera

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia